Program Hibrid Pembelajaran Servis oleh pelajar-pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) daripada Kursus Perkhidmatan ICT berkenaan Rekabentuk Multimedia menerusi penggunaan aplikasi Grafik dan Animasi telah memberi impak yang positif kepada komuniti pelajar sekolah.
Hasil daripada bimbingan dan kemahiran pelajar-pelajar UTM ini serta perkongsian ilmu Multimedia bersama komuniti telah berjaya menghasilkan sebuah Big-Book iaitu Nukilan Infografik Pelajar Sekolah berkenaan Covid-19. Pengintegrasian aplikasi dalam merekabentuk Multimedia melalui Big-Book ini telah menarik perhatian ibu bapa dan guru-guru bahawa Program Hibrid Pembelajaran Servis oleh pelajar-pelajar UTM telah memberi faedah yang sangat baik bagi semua pelajar.
Berdasarkan kepada refleksi serta pencapaian pelajar dan penguasaan kemahiran generik oleh pelajar-pelajar UTM yang mengikuti Kursus Perkhidmatan ICT, terdiri daripada pelajar pelbagai negara antaranya Afghanistan, Yemen, Indonesia dan Malaysia, telah memaparkan dapatan yang sangat memberangsangkan.
Program ini turut di perkembangkan pada komuniti luar bandar, sekolah rendah dan Felda, agar perkongsian dan perpindahan ilmu daripada warga UTM kepada komuniti luar dapat memberi impak yang lebih baik lagi. Melalui HPS ini, pelajar-pelajar UTM juga dapat pengalaman pembelajaran bermakna/ autentik bagi persediaan alam pekerjaan kelak.