Hari Kokurikulum 2019 adalah untuk menilai dan mempamerkan hasil pembelajaran kursus kokurikulum secara umumnya bagi meningkatkan kemahiran insaniah pelajar UTM.
Objektif utama adalah untuk menilai dan mempamerkan hasil aktiviti/program ‘Pembelajaran Servis’ yang telah dijalankan bersama komuniti. Selain itu, memberi pendedahan kepada pelajar tentang hala tujuan Universiti yang berkaitan dengan pembangunan insaniah dan kebolehpasaran graduan melalui kegiatan ‘Pembelajaran Servis’ (Service Learning).
Terdapat 4 kluster bagi kursus Kurikulum ini iaitu:
a. Kluster Sukarelawaan
b. Kluster Akademik & Profesional
c. Kluster Sukan
d. Kluster Badan Beruniform
Hari Kokurikilum UTM tahun ini telah di rasmikan oleh Y.Brs. Dr Zaid Omar (Pengarah Jabatan Pembangunan Mahasiswa, Kementerian Pendidikan Malaysia) & hadir sama Y.Brs. Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim (Pengerusi UGS UTM). Program ini telah diadakan pada 20-21 Disember 2019 (Jumaat dan Sabtu), bertempat Dataran Kokurikulum, UTM.
Alhamdulillah, Syukur ???? Kursus “ICT for Community” (UKQA2072) dengan projek ‘Multimedia Design for 21st Century Learning & Corner’ yang telah diketuai oleh Dr Noor Azean Atan serta penolong pensyarah Puan Azizah Yusof, telah menerima dua penghargaan iaitu:
1. “JOHAN” bagi Program Pembelajatan Servis Terbaik (Kluster Akademik & Profesional)
2. “BEST AWARD” (Program Pembelajatan Servis Terbaik Keseluruhan)
Menerusi Hari Kokurikulum ini, dapat mengetengahkan program bersama komuniti yang telah dilaksanakan yang bermatlamatkan Knowledge Sharing & Knowledge Transfer.
Tahniah CCSL,UTM atas kejayaan Hari Kokurikulum 2019 ini.