Berhati-hati Dalam Menghakimi

Bila berlaku suatu ujian dan tragedi, suara-suara mula kedengaran namun ada pihak yang ‘berdiam’, berdoa dan meneliti…
Bukan sebab tak prihatin, tak ambil berat dan tak simpati..

Mereka saudara kita, pasti doa bersulam airmata.
Cuma tidak mahu membuat hanya satu kesimpulan yang diambil dari satu sebab dan punca, sedangkan ada lagi sebab dan keadaan lain yang sedang diteliti dan dikaji.
Kesilapan dalam berkata-kata banyak menjerumuskan manusia ke dalam fitnah.

Bukan tidak boleh memberi pandangan, tapi dibimbangi pandangan yang dipandu oleh emosi, rasa terkejut dan tidak puas hati akan memudharatkan diri.
Apatah lagi jika disulami kata-kata keras dan kesat yang melukakan banyak hati.

Berhati-hati itu lebih baik kerana pengetahuan kita sebagai manusia terbatas. Dalam apa jua keadaan, hanya Allah yang lebih mengetahui. Siapalah kita untuk menghakimi..?

Speak Your Mind

*