KAEDAH MENASIHATI ANAK REMAJA

KAEDAH MENASIHATI ANAK REMAJA

Semalam saya ditanya oleh seorang ibu tentang cara mendidik anak remaja yang degil dan liar.
Beratnya soalan..
Kaedah dan cara memang terlalu banyak, buatlah yang terbaik yang kita mampu.

Saya kongsikan jawapan spontan saya, antara kaedahnya ialah:

1. Ibu istighfar banyak-banyak terlebih dahulu
2. Buat solat Taubat dan solat Hajat mohon Allah mempermudahkan, lembutkan dan bukakan hati anak untuk terima nasihat.
3. Panggil anak..peluk anak dgn rasa penuh kasih sayang tanpa rasa marah @ sakit hati @ tak puas hati sambil sebut: ibu/mama/ummi sayang awak!
4. Minta anak ikut beristighfar sekurang-kurangnya 3x bersama-sama dengan ibu (ibu pimpin istighfar)
5. Tanya anak tentang masalah yg dihadapi, ada tak yg dia tak puashati, apa yg dia harapkan, apa yg dia inginkan dalam hidup.
Biar dia luahkan perasaan dan jadilah pendengar yg baik. Jadilah ‘kawan’ yg memahami.
6. Puji kebaikan-kebaikan yg ada pada diri anak itu. Biar dia rasa dirinya dihargai. Berilah kata-kata semangat.
7. Setelah itu nasihatilah dia dengan nasihat yg terbaik untuk dia kembali menjadi anak yg soleh/solehah mengikut acuan al-Quran dan al-Sunnah. (Jaga solat, puasa, baca al-Quran, jaga aurat, jaga pergaulan etc.)
8. Doa secara istiqamah. Sesungguhnya doa ibu tiada hijab

Syaratnya:
Lakukanlah dengan ikhlas kerana Allah. Demi meraih redha Allah.
Hadirkan hati supaya dapat menyentuh hati anak.
Sentuhan hati ini In Sha Allah mampu membuat anak berubah walaupun sedikit demi sedikit.

Cubalah..sekadar saranan ringkas dari saya. Kita berusaha dan berdoa, selebihnya serahkan kepada Allah SWT. DIA lah yg ‘memegang’ hati-hati manusia. Semoga Allah memberi hidayah, petunjuk dan kita sentiasa berada dalam rahmat dan keredhaan-Nya.

Speak Your Mind

*