KUNJUNGAN KE UTHM

Membuat kunjungan hormat ke UTHM bagi mencari ruang dan peluang untuk berkolaborasi dalam perkongsian ilmu, R&D dan sebagainya.

Terima kasih kepada team TNCPI Prof Shahir, Pengarah ICC UTHM Dr. Norzila dan Pengarah BizDo, Prof. Sr. Dr. Wan Zahari yang sudi meluangkan masa dan membawa kami melawat sekitar UTHM.

Semoga perbincangan ini membuahkan hasil dan dipermudahkan segala urusan.

DO THE BEST

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi ?

” Doing the best at this moment puts you in the best place for the next moment. “

Ts. Dr. Dayana Farzeeha Ali

SUMBANGAN RAMADHAN BERSAMA UTMALUMNI

Video: https://fb.watch/58ypR1B16A/

Jom kita tingkatkan amalan sempena bulan Ramadan yang mulia ini dengan bersama menyertai Kempen Sumbangan Ramadan 1442H Bersama UTMAlumni.

Dana akan disalurkan kepada para pelajar dan alumni UTM yang berkeperluan mendesak serta menyokong aktiviti-aktiviti mulia sepanjang bulan Ramadan.

Sumbangan dana boleh disalurkan ke:
1. UTMAlumni Care Fund
2. Cloud10
3. Penajaan Program Aktiviti Ramadan (berbuka puasa, majlis khatam quran dan lain-lain).

Akaun Maybank: 551306-532256 (Universiti Teknologi Malaysia UTMAlumni)

JomPAY: 84699 – UTMAlumni

Untuk resit pembayaran, sila kemukakan di pautan berikut:http://bit.do/ramadan-with-UTMAlumni

Note: Setiap sumbangan layak untuk pengecualian cukai LHDN.

PUSH AND PULL

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi ?

” If you are working on something that you really care about, you don’t have to be pushed. The vision pulls you. “

Ts. Dr. Dayana Farzeeha Ali

MORNING

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi ?

” Morning is an important time of day, because how you spend your morning can often tell you what kind of day you are going to have. “

Ts. Dr. Dayana Farzeeha Ali

PERKHIDMATAN BANGUNAN: PERPAIPAN

Assalammualaikum semua..

selamat menjalani ibadah puasa. semoga semua sentiasa dalam lindungan-NYA inshaallah.

Minggu ini, saya share video pengajaran saya bagi topik paip sanitari dan juga perangkap. Topik sangat penting kepada pelajar untuk mengetahui bagaimana air kotor daripada rumah, industri dan sebagainya disalurkan keluar sehinggalah ke loji kumbahan.

Selain itu, pelajar jugar didedahkan dengan penggunaan perangkap untuk menyekat bendasing/enapan kotor agar tidak mengeluarkan bau yang kurang enak di rumah.

Harapannya, bile pelajar mempelajari topik ini, mereka boleh mengenal pasti jika berlaku kebocoran di rumah dan juga tahu untuk membuat penyelenggaran perangkap jika berlaku sinki tersumbat.

Selamat mengulangkaji!!

BUILD DREAMS

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi ?

Salam 3 Ramadhan ❤️❤️

” Build your own dreams or someone else will hire you to build theirs. “

Ts. Dr. Dayana Farzeeha Ali

BASIC INVENTION: DESIGN FACTOR

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.

Minggu ini kita sambung lagi kuliah dengan topik Faktor Rekabentuk untuk kursus Asas Rekacipta.

Minggu ini pelajar didedahkan dengan beberapa elemen yang perlu diambil kira dalam proses merekabentuk inovasi atau rekacipta. Antara Faktor yang perlu diambil kira adalah seperti Fungsi, keselamatan, ergonomik, nilai tambahan, bahan, kos dan sebagainya..

Selamat menonton video kuliah yang telah direcordkan.