PESONA XY

Anakku Autisme

Pesona XY di saluran TV RTM.

Terima kasih kepada Pesona XY yang sudi menjemput saya untuk berkongsi sedikit pengalaman team MindCare bersama dengan kanak-kanak berkeperluan khas.

Perasaan memang gugup dan gementar tetapi sokongan host Zahira Radzi dan Hafez Dolson yang sangat energetic dan ceria serta RIN_Muzaffar_Official yang membantu melancarkan program tadi ??

Maaf jika ada tersasul atau tersalah bicara sepanjang program. Inshaallah kami sentiasa terbuka untuk berkongsi apa sahaja utk membantu anak-anak syurga ini.

UNITING FOR BLUE EVENT

Poster rasmi Uniting For Blue Program.

Kami warga MindCare Centre mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung yang datang memeriahkan program Uniting For Blue yang dianjurkan sempena bulan kesedaran autisme pada bulan ini.

Antara booth yang kami adakan sepanjang program Uniting For Blue: 1) Saringan Percuma; 2) Pameran & Jualan Produk; 3) Autism Kids Challenge; 4) Spin & Win; 5) Photobooth; 6) Pocket Talk; 7) Persembahan Saxophonist Keyin Tay

Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Mydin Mutiara Rini, Inspirasi Millenia Home Tuition, Anak Johor Event dan Pusat Tuisyen Genius yang sudi berkolaborasi bersama kami menjayakan program ini.

Penaja bersama program Uniting For Blue, pihak Mydin Mutiara Rini.

Ucapan terima kasih juga kepada OT Azsyikin yang menyampaikan pocket talk dan juga terima kasih kepada Miss Keyin Tay saxophonist yang memberikan persembahan yang menakjubkan.

Persembahan istimewa dari First Freestyle Female Saxophonist, Ms. Keyin Tay.

Terima kasih juga kepada team kami yang bertungkus lumus memastikan program berjalan dengan lancar dari mula hingga akhir.

Team penganjur, team MindCare Centre.

Semoga program ini memberi manfaat dan keceriaan kepada anda semua. Kami juga berharap dapat menganjurkan lagi program yang lain pula di masa akan datang. Terima kasih semua atas sokongan anda kepada kami!

Terima kasih kerana mengunjungi dan menyokong program Uniting For Blue.

LIVE FB: LATIHAN KE TANDAS

Assalammualaikum wbt dan selamat pagi!!

Salam 4 Ramadhan..

Semoga semua sihat-sihat sahaja. Lama dah saya tak buat live. So, hari ini inshallah di hari Jumaat yang barakah saya akan buat sedikit sharing tentang latihan ke tandas bersempena pelancaran produk terbaru kami iaitu Kit Latihan ke Tandas.

Poster Live FB: Latihan Ke Tandas

So, jom sembang dengan saya jam 10 pagi ini di FB live saya untuk berkongsi pengalaman anda dalam Potty Training dannnnnnn untuk mereka yang bertuah semasa sesi live ini, saya akan hadiahkan SATU (1) Kit Latihan ke Tandas.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk jadi yang terawal mendapatkan kit ni ya!!!

Untuk yang tak sempat join Live FB, boleh klik link FB di bawah untuk menonton:
https://www.facebook.com/100000148967371/videos/4670218109659775/