LOGO DR D

Salam semua..

Logo DR. D

Ada yang tanya saya kenapa setiap poster saya ada logo ni. Apa maksudnya?

Logo ni salah satu branding strategy yang saya gunakan.

Maksud logo ni simple sahaja. Logo ini bermaksud “Dr. D” iaitu ringkasan kepada panggilan saya. Jadi, nanti kalau nampak logo ni, ingat saya tau. ☺️☺️

Mostly, poster-poster saya ada yang designer buat, pelajar intern dalam bidang grafik buat dan kadang-kadang saya buat sendiri ?? Saya juga ada support team yang akan bantu untuk update Soc-Med saya dan lain-lain. Jadi jangan tanya saya macam mana saya sempat nak buat poster, nak update semua info dll., sebab kalau saya sendiri memang tak sempat ??

Thank you juga pada team Saffront Media & Production yang banyak consult + guide team kami untuk branding and marketing. Alhamdulillah marketing and branding kami semakin consistent dan secara tak langsung membina reputasi syarikat kami.

Thank you kepada designer saya yang buat logo ni. Beliau kata dapat ilham logo ini berdasarkan personaliti saya. ???

Ok, nak masuk shift malam tolong En. Suami buat tauhu begedil. Esok kita ada 5 sekolah yang order. Alhamdulillah rezeki ❤️❤️

UTMALUMNI Perkasa Program Santuni Alumni Antarabangsa 2021

Menjadi sebahagian daripada Universiti adalah satu pengalaman yang tidak ternilai. Meninggalkan universiti setelah menamatkan pengajian terus melayakkan graduan bergelar alumni. Sehingga kini, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mempunyai lebih kurang 166,276 alumni lokal dan 7503 alumni antarabangsa.

Alumni ini bertebaran di seluruh pelosok negara menyumbang bakti kepada masyarakat mengikut kepakaran dan kemahiran masing-masing. Tidak ketinggalan, alumni antarabangsa UTM juga turut kembali meyumbang bakti di negara asal berbekalkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi sepanjang pengajian di UTM.

Tahun 2021 menyaksikan salah satu pelan strategik yang diberikan fokus oleh Unit UTMAlumni adalah membina jaringan antarabangsa bersama alumni antarabangsa UTM. Ia merupakan usaha menyediakan pelbagai inisiatif dengan menjalin kerjasama dan menyantuni alumni antarabangsa.

Unit UTMAlumni akan mengadakan program-program yang berobjektifkan jalinan hubungan untuk menyemai semangat kekitaan dan kebersamaan alumni. Program jalinan hubungan yang dilaksanakan ini diharapkan dapat mengukuhkan hubungan alumni dan universiti demi kelestarian kecemerlangan UTM.

Ini termasuklah pada 16 Disember 2020 lalu, satu program Pre-Engagement bersama alumni antarabangsa Nigeria telah berjaya dijalankan secara dalam talian. Program ini telah berjaya menghimpunkan lebih kurang 117 orang alumni antarabangsa Nigeria dengan kerjasama Unit UTM Antarabangsa dalam menjayakan program ini.

Program ini merupakan program rintis dalam mewujudkan chapter-chapter antarabangsa pada masa akan datang.

Sebahagian daripada alumni antarabangsa Nigeria yang menyertai program Pre-Engagement.

Program engagement ini akan diteruskan lagi dengan program engagement bersama alumni Indonesia yang dijadualkan akan diadakan pada 17 Februari 2021 jam 3.00 petang waktu Malaysia. Diharapkan program ini akan mendapat sambutan yang tinggi daripada alumni Indonesia dalam usaha mengumpulkan semula semua alumni untuk kembali berbakti kepada universiti.

Bagi tahun 2021, sebanyak lebih kurang tiga program engagement telah dirancang yang akan memfokuskan kepada alumni antarabangsa di Indonesia, China, dan Arab Saudi.

Poster program engagement bersama alumni antarabangsa.

Untuk alumni Indonesia yang berminat untuk menyertai program engagement yang akan dijalankan, boleh daftarkan diri melalui pautan yang disediakan iaitu https://forms.gle/UTf6H35y5DrNDhN96 .

UTM SCHOLARS

Assalammualaikum…

Feel free to visit my page at  UTM Scholars to know more about my latest activities as an academician.

HAVE A NICE DAY!!

https://utmscholar.utm.my/rmcscholar/scholar.do?method=mtdDisplayPersonal&oKdy73Hgtr=lDblqhmsIKM=

 

BICARA ALUMNI: KUNCI MASYARAKAT PENCIPTA

PROGRAM BICARA ALUMNI

Assalamualaikum wth & Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa, Unit UTMAlumni akan akan menganjurkan program seperti di bawah. Sehubungan dengan itu, saudara adalah dijemput melawati Facebook (FB) Unit UTMAlumni untuk menonton FB Live ini atau melalui aplikasi WEBEX.

Nama Program : Bicara Alumni
Nama Penceramah : Dr. Ruzaimi Mat Rani
Tajuk : Kunci Masyarakat Pencipta- Freehand Visualization Skills (FVS)
Tarikh : 4 Mei 2020 (Isnin)
Masa : 2:30 – 3:30 Petang
Sasaran Peserta : Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Kumpulan Teknikal dan Sains Sosial, Pendidik, Ibu bapa, Mahasiswa dan Umum

Facebook Live : https://www.facebook.com/unitUTMAlumni

WEBEX LINK : https://utm.webex.com/utm/j.php?MTID=m9471377eeecfd9f4c6ddcc6c882b78e6

#utmalumni
#proudtobealumni
#utmmyhome
#utmawesome

BICARA ALUMNI

Perhatian kepada bakal-bakal graduan Pendidikan,

Jom luangkan masa untuk mendengar sesi perkongsian oleh alumni UTM dalam BICARA ALUMNI.

Sesi perkongsian pengalaman dan persediaan dan cabaran yang dilalui oleh Guru NOVIS TVET (Expectation VS Reality)..

Jangan lupa ya!!