Salam Jumaat salam penghulu segala hari.
Hari ini ingin berkongsi sedikit kenangan bersama adik Firas yang merupakan salah seorang pelajar yang menerima penajaan bagi program CSR MindCare Centre.
https://www.facebook.com/100000148967371/videos/4582846345063619/
Adik Firas antara yang terawal yang memohon penajaan ketika kami mula mewar2kan program ini. Ketika itu hanya beberapa keluarga sahaja yang tampil untuk mendapatkan bantuan.
Adik Firas disahkan mempunyai Mild Autism dan sedang mendapatkan perkhidmatan terapi di klinik kesihatan dan dengan adanya penajaan ini, semoga dapat membantu mempercepatkan proses intervensi adik Firas.
Hampir 2 bulan bermula Januari 2021, kami membuka program penajaan ini dengan hanya 10 keluarga yang memohon dan hingga kini sudah hampir 100 keluarga yang berada dalam senarai menunggu untuk mendapatkan penajaan.
Di pihak kami, kami akan cuba sedaya upaya membantu yang termampu dan cuba mencari mana-mana individu, agensi, korporat yang sudi menaja anak-anak istimewa ini.
Pada mulanya, apabila melihat bilangan yang memohon, kami beranggapan dengan kapasiti syarikat yang ada kami boleh menampung dan menaja kesemuanya. Akan tetapi apabila permohonan mencecah kepada 100 angka, team kami cuba sebaik mungkin mencari alternatif untuk membantu mereka ini.
Doakan perjalanan kami untuk membantu anak-anak syurga ini untuk mendapat perkhidmatan terapi yang diperlukan dipermudahkan.
Untuk adik Firas Amsyar, semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga dan inshaallah suatu hari nanti pasti adik Firas akan menjadi lebih baik.