UNITING FOR BLUE EVENT

Poster rasmi Uniting For Blue Program.

Kami warga MindCare Centre mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengunjung yang datang memeriahkan program Uniting For Blue yang dianjurkan sempena bulan kesedaran autisme pada bulan ini.

Antara booth yang kami adakan sepanjang program Uniting For Blue: 1) Saringan Percuma; 2) Pameran & Jualan Produk; 3) Autism Kids Challenge; 4) Spin & Win; 5) Photobooth; 6) Pocket Talk; 7) Persembahan Saxophonist Keyin Tay

Tidak lupa juga ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Mydin Mutiara Rini, Inspirasi Millenia Home Tuition, Anak Johor Event dan Pusat Tuisyen Genius yang sudi berkolaborasi bersama kami menjayakan program ini.

Penaja bersama program Uniting For Blue, pihak Mydin Mutiara Rini.

Ucapan terima kasih juga kepada OT Azsyikin yang menyampaikan pocket talk dan juga terima kasih kepada Miss Keyin Tay saxophonist yang memberikan persembahan yang menakjubkan.

Persembahan istimewa dari First Freestyle Female Saxophonist, Ms. Keyin Tay.

Terima kasih juga kepada team kami yang bertungkus lumus memastikan program berjalan dengan lancar dari mula hingga akhir.

Team penganjur, team MindCare Centre.

Semoga program ini memberi manfaat dan keceriaan kepada anda semua. Kami juga berharap dapat menganjurkan lagi program yang lain pula di masa akan datang. Terima kasih semua atas sokongan anda kepada kami!

Terima kasih kerana mengunjungi dan menyokong program Uniting For Blue.