Contract Research-Double Tax Deduction (CR-DTD) Vot. 4C380 (RM46,000), “Pelaksanaan Kajian Penambahbaikan Proses Perniagaan Untuk Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah Malaysia Negeri Johor”, Jul 2020-Dec 2020 (6 months). [Fund: Contract Research DTD]

Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Johor (JKSNJ) telah diperkenalkan oleh Maharaja Abu Bakar Johor dan telah ditubuhkan pada 1873 sebelum undang-undang Kerajaan Negeri Johor digubal pada akhir 1895. JKSNJ memainkan peranan penting dalam menguatkuasa dan melaksanakan Undang-undang Islam, menjalankan dan mengurus sistem kehakiman islam secara adil, dan bertanggungjawab dalam menyebarkan pengetahuan Undang-undang dan hukum Syariah dikalangan kakitangan dan orang awam. Antara mahkamah yang telah dipersetujui dan disijilkan di bawah JKSNJ adalah seperti berikut: Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru, Mahkamah Tinggi Syariah Muar dan enam lagi Mahkamah Rendah Syariah di pelbagai daerah di Johor. Kini, JKSNJ menggunakan sistem kehakiman Syariah Persekutuan Malaysia atau nama lainnya E-syariah. Bagaimanapun, mereka menghadapi beberapa masalah dalam penggunaan sistem tersebut untuk disesuaikan dengan aliran kerja perkhidmatan mereka yang mana agak tidak sesuai dan tidak lengkap dengan ciri-ciri yang telah disediakan oleh sistem E-syariah. Oleh itu, satu kajian Penambahbaikan Proses Perniagan atau Business Process Improvement (BPI) diperlukan untuk membentuk satu pelan pembangunan strategik Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk agensi JKSNJ. Objektif utama kajian ini adalah untuk meningkatkan kesediaan dan perlaksanaan pelan pembangunan strategik ICT yang menyeluruh, mengurus dana pembangunan sistem JKSNJ Ezsyariah, dan menyediakan nilai tambah untuk menjadikan perkhidmatan alir kerja JKSNJ lebih efisien agar mereka dapat menambahbaik servis mereka untuk orang awam.