Kejohanan RoboKar Segamat 2024 Peringkat Daerah

Segamat, 19 Ogos 2024 – Kejohanan RoboKar Segamat 2024 Peringkat Daerah telah diadakan di Dewan terbuka Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Li Chi, Segamat, Johor. Acara ini adalah satu lagi acara kerjasama PPD Segamat bersama Fakulti Komputeran, UTM. Acara itu dikendalikan oleh pasukan RoboKar iaitu empat fasilitator dibantu tenaga pengajar PM. Dr. Rosbi Mamat dan Prof. Dr. Dayang Norhayati Abang Jawawi (Ketua program).

Kejohanan ini disertai 10 buah sekolah menengah di daerah Segamat. Cuaca panas tidak menurunkan semangat para peserta untuk memastikan pasukan mereka layak ke pusingan akhir. Walaupun terdapat kerosakan bagi permukaan trak yang mengganggu perjalanan RoboKar, pihak penganjur memastikan setiap pasukan mendapat peluang untuk berlumba kali kedua di trak berbeza. Adat pertandingan, ada yang menang dan ada yang kalah, peserta akur dengan keputusan akhir. Semua pelajar sama ada menang atau kalah, mendapat sijil penyertaan dan juga pengalaman berharga dalam mempelajari pengaturcaraan dengan cabaran-cabaran yang diberikan, menggunakan RoboKar.

Pelajar diberi masa untuk memperbaiki kod sebelum pertandingan
Pelajar menguji RoboKar di atas trak sebelum pertandingan bermula
Pertandingan turut memasukkan elemen sensor cahaya untuk menguji peserta
Juri memeriksa RoboKar sama ada berjaya melepasi check point dan menjejak cahaya
UTM Open Day