Latihan Pembelajaran Kemahiran Pemikiran Komputasional Melalui Pendidikan Robotik

UTM, 6 Sep 2022 – Aktiviti “Latihan Pembelajaran Kemahiran Pemikiran Komputasional Melalui Pendidikan Robotik” diadakan bagi mendidik pemikiran komputasional di peringkat awal pendidikan terutama dikalangan pelajar sekolah. Perlaksanaan aktiviti semasa cuti sekolah ini juga menyokong projek geran UTMHR iaitu dengan mengguna pakai rangka kerja pembelajaran inovatif untuk pemikiran komputasional menggunakan pendidikan robotik termasuk alatan sokongan untuk robotik.

Aktiviti seharian ini disertai empat pelajar sekolah rendah dibantu tiga fasilitator, dua pengajar dan staf teknikal UTM. Aktiviti pembelajaran diadakan di Makmal Inovasi Fakulti Komputeran, UTM. Dimulakan dengan sesi pembelajaran, pelajar turut menjalankan latihan praktikal menggunakan trak robokar. Di akhir program, pelajar menerima sijil penyertaan dan saguhati daripada UTM. Semua pelajar berpuas hati dan seronok mengikuti aktiviti pembelajaran serta mendapat pengalaman baru. Ibu bapa pelajar pula, menyokong agar aktiviti ini dapat terus diadakan kerana ia memanfaatkan cuti sekolah pelajar.

Fasilitator memasang trak untuk latihan praktikal
Peserta menerima saguhati
Peserta turut menerima sijil penyertaan

UTM Open Day