Pameran Robokar Sempena Pembukaan Showcase Hub

Fakulti Komputeran, UTM, 26 Jun 2025 – Sempena pembukaan Showcase Hub Fakulti Komputeran, UTM, pasukan RoboKar dijemput untuk memeriahkan bilik pameran dengan mempamerkan RoboKar di atas trak yang direka khusus untuk bilik pameran.

Bilik pameran itu juga dibuka buat julung kalinya, mengisi aktiviti Hari Faculty of Computing Research & Innovation Day 2025 (FCRI 2025). Projek berimpak tinggi yang lain turut dipamerkan pada hari tersebut.

Menariknya, pengunjung berpeluang untuk mencuba sendiri pengalaman mengendalikan RoboKar di laluan simulasi yang disediakan, sambil secara ringkas mendapat idea bagaimana pengaturcaraan digunakan untuk menggerakkan robot tersebut, menjadikan Showcase Hub bukan sahaja ruang pameran, tetapi juga medan interaktif untuk meneroka teknologi robotik secara langsung.

UTM Open Day