Program Memperkasakan Kecekapan Pelajar: Bengkel Kemahiran Pemikiran Komputasional

Muar, Johor, 29-30 Jan 2024 – “Program memperkasakan kecekapan pelajar: Bengkel kemahiran pemikiran komputasional” ini diadakan bagi mendidik pemikiran komputasional di peringkat sekolah. Perlaksanaan aktiviti ini juga menyokong projek geran UTMFR iaitu dengan mengkaji bagaimana kemahiran pemikiran komputasional serta menganalisis apakah faktor – faktor yang signifikan yang mempengaruhi tahap kecekapan pelajar berdasarkan kemahiran ini melalui.

Program kali ini disertai oleh dua pengajar iaitu Ketua Program Prof. Dr. Dayang dan PM. Dr. Rosbi bersama tiga fasilitator. Pada hari pertama, peserta UTM bergerak awal pagi dari Fakulti Komputeran dan terus tiba di PASTI Muar, Johor. Aktiviti terus dimulakan dengan pengajaran kepada anak-anak asuhan PASTI. Trak RoboKar dibentangkan agar pelajar-pelajar tadika ini dapat melihat sendiri bagaimana RoboKar bergerak. Setiap pelajar dapat mencuba pengendalian RoboKar di atas trak menggunakan aplikasi di telefon bimbit, sambil diterangkan oleh fasilitator, bagaimana untuk mengendalikannya. Aktiviti diteruskan sehingga tengah hari dan ditutup dengan jamuan berserta hadiah penghargaan yang diberikan pihak PASTI.

Prof. Dr. Dayang menyampaikan pengajaran mengikut kesesuaian umur peserta

Pada sebelah petang, pasukan RoboKar meneruskan program di SMKA Haji Mohd. Yassin. Rombongan UTM dijemput naik ke perpustakaan sekolah dan sesi pengajaran dimulakan sepertia biasa sehingga akhir petang.

PM Dr. Rosbi meyampaikan pengajaran sebelum pertandingan RoboKar antara kumpulan diadakan

Pada keesokkan harinya, program disambung dengan penerangan peraturan pertandingan. Selepas pembaikan pengaturcaraan, pelajar memulakan pertandingan. Tengah hari, program berakhir dengan pengumuman pemenang. Walaupun tanpa hadiah, rombongan UTM menghargai usaha pelajar-pelajar yang bertungkus lumus dalam memastikan pasukan masing-masing menang dalam pertandingan. Juga, UTM berharap dengan ilmu yang dikongsi, dapat dimanfaatkan dalam kehidupan masing-masing pada masa akan datang.

Peraturan diterangkan oleh Nurul Nazihah sebelum pertandingan bermula
Trak disediakan untuk saringan

UTM Open Day