Project – KEJORA 2015-2016

TAJUK PROJEK:
Pemantapan Projek Liga Robotik I-Care UTM-KEJORA ke Peringkat Lebih Tinggi

TEMPOH PROJEK:
Nov 2015 – Dec 2016 (1 Year 2 Months)

PENAJA:
Others Grant (KEJORA)

RINGKASAN PROJEK:
Kepentingan / Faedah Kepada Vot Penyelidikan
Dana yang dimohon akan menyumbang dalam indeks pencapaian penyelidikan bagi aspek penyelidik utama (principal investigator). Pada masa yang sama, ia akan menyokong aktiviti-aktiviti penyelidikan yang boleh diteruskan di bawah projek iCARE. Secara khusus program iCARE Kemahiran Penyelesaian Masalah juga akan memberi faedah kepada indeks pencapaian KEJORA sebagai penyumbang dalam aspek pembangunan modal insan di Wilayah Johor Tenggara khususnya di Bandar Penawar.

Kepentingan / Faedah Kepada Pemegang Taruh Terutamanya Utm Dan Kejora
Faedah di Wilayah Johor Tenggara khususnya UTM dan KEJORA dari program ini:

Pertambahan bilangan pelajar @ kumpulan penyertaan yang lebih ramai dalam program Liga Robotik UTM-KEJORA akan dapat meluaskan lagi perkembangan ilmu berkaitan dengan pengaturcaraan komputer di samping dapat meningkatkan minat dan keyakinan mereka dalam teknologi komputer. Jemputan penyertaan sekolah dari Johor dalam program Liga Robotik UTM-KEJORA dapat meningkatkan keyakinan daya saing dikalangan pelajar luar bandar dalam kemahiran penyelesaian masalah sebagai persediaan ke pengajian tinggi dan pembelajaran berterusan. Hasil program robokar dapat dikongsi di peringkat persidangan penyelidikan dan cara ini juga membolehkan input peserta antarabangsa boleh diperolehi untuk pemantapan program yang seterusnya.

Program yang telah dijalankan ini, telah berjaya mendapat sokongan yang amat memberangsangkan dari pihak sekolah-sekolah yang terlibat. Dan melalui maklumbalas positif yang diterima, pihak penganjur juga telah berpuas hati dan bersetuju bahawa objektif program ini telah berjaya di capai sebagaimana berikut.
i. Mencapai pembangunan modal insan melalui informatik pendidikan.
ii. Pelajar-pelajar sekolah luar bandar (di wilayah KEJORA) mendapat peluang belajar empat kemahiran generik iaitu penyelesaian masalah, pemikiran kreatif, komunikasi interpersonal dan kerja berpasukan.
iii. Kreativiti dan inovasi di kalangan pelajar sekolah menengah yang terlibat meningkat.

OBJEKTIF:
1. Meningkatkan keyakinan diri pelajar sekolah menengah di Wilayah Johor Tenggara di bawah KEJORA untuk berdaya saing dengan pelajar sekolah bandar dengan menaiktaraf Liga Robotik UTM-KEJORA kepada Liga Peringkat Negeri Johor.
2. Membentangkan hasil penyelidikan program robokar di persidangan dan pameran antarabangsa.