Trip : Mekah & Madinah

Pernah dengar kata-kata sebegini? ‘Sebelum pergi melancong ke sana sini di dalam negara mahupun luar negara, sementelah serata dunia, mulakanlah dengan menziarahi rumah Allah SWT & Rasulullah SAW. Tidakkah kita berasa malu untuk menghabiskan belanja, masa & kesempatan yang ada dengan memulakan dengan ibadah yang disarankan oleh agama terlebih dahulu?’

Dek kerana itu, dengan rezeki jemputan dari Allah SWT, dapatlah kami ke sana untuk menunaikan umrah. Teruja, bersyukur, sangat seronok kerana kami dapat menikmati nikmat berada di sana.

Perjalanan & tempoh keberadaaan kami di sana adalah lebih kurang 12 hari. Kami juga berpeluang memasuki Raudhah Rasulullah SAW walaupun sekejap saja.

Alhamdulillah, semoga kita semua dijemput Allah SWT untuk ke sana, InsyaAllah.

Leave a Reply