Program : Team Building CICT 2016

Kali ini mengimbau program Team Building yang pertama kali kita sertai setelah menyertai Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT) iaitu pada tahun 2016 setelah lebih kurang 7 bulan berkhidmat.

Waktu itu, masih lagi di dalam proses menyesuaikan diri & mengenali rakan sekerja serta menyerap suasana baru di Johor Bahru. Program ini adalah hasil kolaborasi & kerjasama dari pihak CICT, Pusat Kaunseling UTM & Eco Tourism UTM.

Program ini dijalankan di Dewan Resak KTDI & Hutan Rekreasi UTM pada 19 Mei 2016. & pada masa itu juga, kita baru beberapa bulan disahkan mengandung anak pertama. Memang teruja pergi tapi aktiviti yang sedikit lasak tak dapatlah kita sertai.

Leave a Reply