“You will face many defeats in life, but never let yourself be defeated.” – Maya Angelou

“You will face many defeats in life, but never let yourself be defeated.” – Maya Angelou
“In the end, it’s not the years in your life that count. It’s the life in your years.” – Abraham Lincoln
“If life were predictable it would cease to be life and be without flavor.” – Eleanor Roosevelt
“Life is a succession of lessons which must be lived to be understood.” – Ralph Waldo Emerson
“Many of life’s failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up.” – Thomas A. Edison
“Life is either a daring adventure or nothing at all.” – Helen Keller
“Do not go where the path may lead, go instead where there is no path and leave a trail.” – Ralph Waldo Emerson
“The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams.” – Eleanor Roosevelt
“Always remember that you are absolutely unique. Just like everyone else.” – Margaret Mead
“Spread love everywhere you go. Let no one ever come to you without leaving happier.” – Mother Teresa
“Ya Allah, bukakan kepada kami hikmatMu dan berikan kepada kami rahmatMu, Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”
“Ya Allah, tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah. Dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan), jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah.”
“Wahai Tuhanku. Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.”
Sempena dengan kedatangan Tahun Baru Islam, marilah sama-sama kita mengakhiri penghujung tahun dan memulakan awal tahun baru Islam dengan membaca doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah.
Tarikh : 21 Januari 2020
Tempat : Bilik Mesyuarat Eksekutif
Tarikh : 23 Januari 2020
Tempat : Dewan Seminar
Program pada hari kedua bermula dengan aktiviti indoor pada sebelah pagi & bersambung sehingga petang. Dan aktiviti outdoor dengan senaman ringkas untuk memanaskan badan, passing tepung secara kebelakang & cabaran mengeluarkan bola dari dalam batang paip yang berlubang dengan mengisi air secara manual menggunakan tangan.
Semua aktiviti yang dijalankan adalah secara berkumpulan & markah akan diambil berdasarkan pencapaian & komitmen setiap para peserta.
Program ini dianjurkan oleh pihak pengurusan Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi CIC, UTM Skudai sebagai program tahunan rasmi jabatan. Semua staf CICT Johor Bharu & Kuala Lumpur adalah terlibat.
Program berlangsung selama 3 hari bermula pada 11 Oktober 2019 sehingga 13 Oktober 2019 di Savanna Hill Resort, Ulu Tiram. Majlis pendaftaran bermula pada jam 11 pagi, 11 Oktober tersebut.
Program ice breaking bersama fasilitator-fasilitator bermula pada sebelah petang selepas sesi solat Jumaat selesai.
Latihan ini telah diadakan pada 29 Oktober 2019, bertempat di Bilik Juniper, Aras 2, Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi CICT, UTM Skudai. Latihan bermula pada jam 9 pagi sehingga 5 petang dengan jayanya.
Seramai 9 orang peserta telah menyertai latihan ini, yang mana terdiri daripada Pegawai Teknologi Maklumat, Puan Nurul Husna Md. Zaini, pengaturcara & pelajar latihan industri.
Latihan asas ini telah diberikan oleh Encik Mohd Fairus Ahmad yang mempunyai kepakaran dalam pengaturcaraan PHP MVC.
Pelbagai ilmu, software & teknik-teknik serta tutorial berkaitan pengaturcaraan tersebut telah dikongsi oleh beliau kepada para peserta.
Ini merupakan aktiviti pada hari ketiga program Teambuilding CICT yang berakhirnya dengan jayanya. Para peserta mengambil peluang untuk bergambar bersama-sama sebagai tanda penghargaan.
Majlis taklimat ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 2, Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi CICT, UTM Skudai pada 10 Oktober 2019 pada jam 8.45 pagi. Taklimat telah diberikan oleh Encik Nik Kamal.
Taklimat ini adalah berkaitan dengan program Teambuilding CICT 2019 yang akan dilaksanakan pada 11 Oktober sehingga 13 Oktober 2019 nanti. Para peserta adalah terdiri daripada semua staf CICT.
h
Aktiviti ini dijalankan pada 29 Ogos 2019 bertempat di Bilik Seminar, Aras 4, Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi CICT, UTM Skudai pada jam 12.30 tengah hari sehingga 2.30 petang. Para peserta terdiri daripada staf wanita CICT & tutorial beserta pengkongsian ilmu diberikan oleh Puan Hasriyah binti Othman.
Pelbagai tips & teknik yang betul dikongsi kepada para peserta agar penampilan diri di tempat kerja adalah bersesuaian, selesa & menarik. Aktiviti turut disertakan dengan tutorial & praktikal sebenar bagi membolehkan para peserta mencuba & memahirkan diri agar para peserta boleh mengaplikasikan teknik-teknik tersebut setiap hari.
Kuliah Dhuha ini dianjurkan oleh Sekolah Kejuruteraan Awam (SKA) yang diadakan pada 22 September 2019 pada pukul 8.30 pagi bertempat di Smart Classroom, Blok D02, Sekolah Kejuruteraan Awam.
Penceramah Kuliah Dhuha tersebut adalah Prof Dr. Muhd Kamil Ibrahim. Beliau juga merupakan penulis terkenal yang telah menghasilkan banyak karya seperti Travelog Haji, Meniti Masa Berbaki, Bersyukur Saat Diuji, Nota dari Madinah, Beri Dua Minit dan lain-lain.
Beliau banyak berkongsi pengalaman hidup & tips untuk menghadapi cabaran hidup. Setiap nukilan beliau & isteri adalah berdasarkan perjalanan hidup beliau sendiri & beliau menceritakan setiap hikmah apa yang berlaku adalah kekuasaan Allah swt semata-mata.
Program Technology Update ini telah dianjurkan atas inisiatif Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi CICT, UTM Skudai bagi menghebahkan teknologi-teknologi IT, software & hardware terkini yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat luar.
Program ini telah diadakan pada 30 September 2019 bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 1 petang, bertempat di Bilik Ruckus, Aras 2.
Sesi ini adalah daripada syarikat Logitech/Bintara. Bintara telah membentangkan tentang kelebihan software video conference yang dikenali sebagai Zoom. Banyak perkongsian yang telah diberikan oleh wakil-wakil syarikat berkenaan.
Program Technology Update ini telah dianjurkan atas inisiatif Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi CICT, UTM Skudai bagi menghebahkan teknologi-teknologi IT, software & hardware terkini yang dihasilkan oleh syarikat-syarikat luar.
Program ini telah diadakan pada 30 September 2019 bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 1 petang, bertempat di Bilik Ruckus, Aras 2.
Sesi ini adalah daripada syarikat Dell. Wakil dari pihak Dell telah berkongsi pelbagai jenis model baru berkaitan dengan notebook/laptop terkini beserta dengan aksesori yang canggih. Banyak perkongsian yang telah diberikan oleh wakil syarikat berkenaan.
Mesyuarat Agung BAKES telah dianjurkan pada 31 Mac 2019 bertempat di Dewan Sultan Iskandar (DSI), UTM Skudai pada pukul 2.30 petang.
Mesyuarat kali ini membuat pelantikan ahli jawatankuasa baru bagi mengendalikan BAKES pada tahun seterusnya.
Majlis berlangsung dengan jayanya & ahli turut diberikan cenderahati kerana turut serta dalam mesyuarat agung kali ini.