Saraan Baru Perkhidmatan Awam 2012 (SBPA)

Apa nasib tutor IPTA dengan perlaksanaan SBPA.

Isu skim tutor: DA41

Tutor IPTA di Malaysia adalah berjawatan sementara, dan JPA telah mengeluarkan surat pada 15.01.2010 kepada semua IPTA supaya tiada kenaikan gaji kepada tutor apabila tempoh perkidmatan telah melebihi 3 tahun. Di kebanyakan IPTA, mereka tidak layak untuk menjawat jawatan pensyarah walaupun telah mempunyai Sarjana (master), dan hanya akan dipertimbangkan jawatan pensyarah selepas mereka mempunyai Ph.D. Kerja bebanan tutor yang telah mempunyai Sarjana adalah tidak banyak berbeza dengan kalangan pensyarah (DS45) yang lain. Ada juga tutor yang memberi syarahan kuliah untuk pelajar tahun akhir disamping di bebani dengan uruan pengurusan fakulti. Dengan pelbagai komitmen tersebut dan inspirasi serta persiapan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat PhD, laporan tahunan mereka biasanya adalah rendah dari 80%. Akibatnya, mereka mungkin dipertikaikan untuk memohon jawatan tetap nanti.

Pembelaan

Sehingga kini, tiada sesiapa yang membangkitkan isu tutor diperingkat atasan pihak universiti secara berterusan dan juga dengan mengambil kira pendapat mereka. Mungkin alasan seperti ‘mereka perlu tahu, semasa memohon jawatan tutor, tugas dan status kerja mereka’ dijadikan sandaran yang utama/solid. Tetapi perlu di ingat, pekeliling pentadbiran universiti yang kerap berubah, menafikan perancangan panjang mereka sebelum itu.

Seterusnya

Nasib skim tutor di Malaysia masih belum jelas sehingga ada wakil di bahagian pentadbiran yang menjaga hal ehwal tutor. Dengan pelaksaan skim saraan baru SBPA pada 2012 nanti, dikhuatiri nasib tutor akan terus dipinggir sekiranya tiada seorang pun yang mahu membangkitka isu sebenar ini di pihak atasan.

Sekadar pandangan dari pengalaman.