DSC_1163Terlebih dahulu bagi pihak UTM saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Salleh bin Hj. Mohd Nor Pro Canselor UTM di atas kesudian hadir meluangkan masa bersama para mahasiswa baru pada pagi ini bagi menyampaikan amanat dalam Program Minggu Mesra Mahasiswa.

Kepada semua mahasiswa baru tahniah atas kecemerlangan saudara-saudari dan seterusnya berjaya meneruskan pengajian ke UTM. Saya dan seluruh warga UTM mengalu-alukan kehadiran anda semua ke UTM.

Yang Berbahagia Tan Sri dan hadirin sekalian,

Untuk sesi pengajian 2013/2014, seramai 2,551 orang mahasiswa baru telah mendaftar bagi mengikuti program Ijazah Sarjana Muda di UTM Johor Bahru.

Universiti berharap Minggu Mesra Mahasiswa yang berlangsung bermula pada 1 September hingga 7 September 2013 ini memberi manfaat yang banyak kepada saudara dan saudari untuk menimba ilmu pengetahuan dan mengenali UTM secara menyeluruh.

Universiti Teknologi Malaysia menawarkan peluang, menyediakan kemudahan dan ruang bagi membangunkan potensi diri kepada semua mahasiswa. Mahasiswa dikehendaki menggunakan peluang keemasan ini untuk merealisasikan impian selama ini, mempertingkat kebolehan dan daya saing dan seterusnya mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik.

Download speech to read more