Nota Penghargaan Buat PM Dr Zaleha Abdullah, mantan Pengarah HEK:

  1. Namanya dicalonkan menjadi Pengarah HEK setelah Prof Masputeriah bersara dari UTM. Tidak mudah mendapatkan pengganti yang sesuai untuk mengendalikan urusan komunikasi koperat dan meningkatkan jenama dan reputasi UTM
  2. Saya tidak pernah mengenali beliau dan perjumpaan pertama berlaku apabila Dr Zac berkunjung ke pejabat saya berbincang tentang hasrat universiti melantik beliau menjadi Pengarah HEK
  3. Pertama kali bertemu, dalam keadaan masih malu-malu saya agak yakin ini adalah calon yang sesuai – perwatakannya, beraninya, confidennya. Saya pula tidak tahu beliau sebenarnya lebih lasak dari yang saya lihat kali pertama. Beliau memberi beberapa alasan agar universiti mempertimbangkan calon-calon lain.
  4. Seterusnya adalah sejarah yang tidak perlu diulas panjang. Universiti melalui beberapa proses lantikan jawatan akademik mengikut SOP sediada telah bersetuju melantik Dr Zac memegang jawatan Pengarah HEK
  5. Tugas berat menanti Dr Zac dan seperti yang kita saksikan Dr Zac bersama tean HEK telah meninggalkan satu legasi baru dalam pengurusan HEK yang meliputi beberapa skop penting universiti
  6. Pemegang taruh utama seperti KPT/JPT, rakan Industri, Alumni, dan pelbagai agensi sangat prihatin keupayaan universiti menguruskan penjenamaan dan membina reputasi institusi secara lebih berkesan dan berimpak
  7. UTM telah meletakan penjenamaan dan reputasi sebagai salah satu bidang fokus
  8. Ini lah antara peranan penting HEK di samping banyak lagi skop lain seperti komunikasi dalaman organisasi yang sangat penting, menasihati PTJ dalam strategi penjenamaan, hubungan dengan pihak media, menguruskan komunikasi ketika berlaku krisis dan pelbagai lagi
  9. Pencapaian dan legasi HEK di bawah kepimpinan Dr Zac dapat kita lihat bersama. Walaupun banyak lagi agenda yang perlu diperkasakan, namun saya merasakan Dr Zac dan seluruh team HEK telah memberi yang terbaik.
  10. Beberapa catatan peribadi ingin saya kongsikan di sini:
    a. Setiap minggu agenda tetap penjenamaan, visibility UTM, komunikasi dalaman dibincangkan bersama beliau, SMO dan TP Kanan pejabat NC
    b. Ketika menguruskan krisis samada kecil atau besar Dr Zac dan team HEK sentiasa memberi yang terbaik tanpa mengira masa. Ini terbukti ketika menguruskan covid-19 dan sebelumnya seperti isu yuran MJIIT
    c. Agenda penjenamaan, komunikasi dan krisis tidak mengira masa, jadi dalam situasi begini Dr Zac sentiasa bersedia. Itu lah agaknya video yang dihasilkan menyebut bagaimana beliau mengendalikan tugasan ini – sehingga berlaku ‘crash landing’
    d. Banyak pembaharuan yang beliau perkenalkan dan laksanakan. Antaranya membuat pelaburan menyediakan infrastruktur, menggunakan influencer, menyediakan video promosi dan pelbagai lagi
    e. Panjang lagi untuk disenaraikan. Cukup sampai disini

Kepada Dr Zac dan team HEK,

Pisang di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
Hutang budi di bawa mati

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti
Semua silap dan salah saya
Jangan disimpan di dalam hati

Kepada Dr Farhan Mohamed, selamat menyambung legasi Dr Zaleha