Mengadakan pertemuan pagi ini (29 Julai 2020) kepada YB Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Noraini Ahmad bagi memberikan penerangan berkaitan pencapaian dan perkembangan berkaitan Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) di Bangunan Parlimen pagi tadi. Turut serta dalam pertemuan tersebut adalah Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, dan Timb Ketua Setiausaha (Pembangunan), KPT.

MJIIT yang ditubuhkan sejak 2010 telah memberikan banyak impak kepada penghasilan modal insan dan tenaga pakar berkaitan teknologi Jepun untuk keperluan negara. Disamping itu, penjimatan aliran tunai ke luar turut dicapai melalui penubuhan MJIIT ini berbanding penghantaran terus pelajar ke Jepun untuk melanjutkan pengajian.

UTM merupakan institusi pertama yang menawarkan pengajian ala Jepun di Malaysia melalui bidang pengajian di peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah. Banyak kerjasama lain akan diwujudkan pada masa hadapan bersama agensi dan institusi pengajian di Jepun melalui insiatif bersama pihak Japan International Cooperation Agency (JICA).

UTM sentiasa memberikan kerjasama baik untuk menjayakan projek usahasama ini. Terima juga diucapkan kepada Pengurusan Tertinggi KPT khususnya kepada YB Menteri atas kesudian meluangkan masa bagi sesi pertemuan ini.