Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Salleh Mohd Nor, Pro Canselor telah merasmikan Majlis Perasmian Program Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Universiti & Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2013 bertempat di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.
Program tiga hari ini diadakan antaranya bertujuan untuk menjadi platform interaksi antara pelanggan dan setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) di UTM bagi mendapat khidmat nasihat yang berkaitan dan memberi maklum balas serta cadangan penambahbaikan mengenai kualiti perkhidmatan yang diberikan. Antara perkhidmatan one-stop centre yang boleh didapati sepanjang program ini ialah pemeriksaan kesihatan, derma darah, pameran sejarah UTM, bimbingan pengiraan impact factor dan h-index, pengurangan saman, pembelian pelekat kenderaan, khidmat nasihat taksiran cukai dan lain-lain lagi.