YBhg. Naib Canselor telah menghadiri Sesi Makan Tengahari bersama Majlis Perwakilan Mahasiswa(MPM) Baru sesi 2013/2014 yang diadakan di Kediaman Rasmi Naib Canselor di UTM Johor Bahru. Selain beramah mesra dan berkenalan dengan barisan baru MPM UTM ini, turut diadakan sesi dialog dimana para mahasiswa telah berpeluang menyuarakan pelbagai persoalan dan pandangan kepada YBhg. Naib Canselor dan pengurusan kanan universiti yang hadir.