greeting1

Perutusan Naib Canselor Sempena Tahun Baharu 2014 

Alhamdullilah, dengan izin-Nya kita menyambut kedatangan Tahun Baharu 2014. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada seluruh warga UTM. Sepanjang tahun 2013, kita telah melalui pelbagai cabaran dalam merealisasikan aspirasi UTM. Pihak universiti amat menghargai segala usaha dan komitmen semua peringkat warga UTM. Segala peristiwa dan pengalaman yang telah dilalui pada tahun ini seharusnya menjadikan kita lebih bersedia dalam menempuh cabaran yang lebih besar pada tahun hadapan.

Bersempena ketibaan Tahun Baru ini, saya ingin mengajak seluruh warga UTM untuk sama-sama merenung kembali falsafah, visi dan misi universiti. Kita juga perlu terus komited untuk menyumbang terhadap pembangunan modal insan negara di samping memperkembangkan kecemerlangan sains dan teknologi bersesuaian dengan kehendak Yang Maha Esa. Mari kita bergerak bersama-sama untuk meletakkan UTM di antara 50 buah universiti terbaik dunia dalam bidang sains, teknologi dan kejuruteraan menjelang tahun 2020. Jadikanlah Tahun 2014 ini lebih baik dari yang sebelumnya, sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W:

“Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih buruk daripada semalam, manakala orang yang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam“ (Hadis riwayat al Bukhari dan Muslim)

~ ~ ~

2014 New Year Address by UTM Vice-Chancellor 

All praise be to Allah, with His blessing we usher in arrival of 2014. I would like to take this opportunity to wish the UTM community a Happy New Year. We have gone through various challenges throughout 2013 in realising UTM’s aspirations. The university is highly appreciative of all efforts and commitment of the university community at all levels of participation. All events and experience that we have encountered this year should enable us to be more ready in facing greater challenges in the year ahead.

In conjunction with the New Year, I would like to call upon the UTM community to reflect on the philosophy, vision and mission of the university. We should also be committed in contributing to the nation’s human capital development besides striving for excellence in the field of science and technology in accordance with His will. Let us move together in positioning UTM to be among the top 50 universities globally in science, technology and engineering by 2020. May the upcoming 2014 be better than the previous year. Taking heed from the hadith of the Prophet (PBUH):

“Indeed, the most successful people are those whose today is better than yesterday, and the ones who fail are those whose today is worse than yesterday, and the gullible ones are those whose today is the same as yesterday.“ (Narrated by al-Bukhari and Muslim)

 

Prof.Ir.Dr. Wahid bin Omar

Vice-Chancellor