Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum.wrmt.wbkth,
Pertamanya, marilah kita sama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas segala inayah dan riayah-Nya, kita dapat bertemu dan meraikan Hari Raya Idil Fitri pada 1 Syawal 1435H yang berbahagia ini. Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Idil Fitri kepada seluruh warga UTM. Marilah kita raikan 1 Syawal, hari kemenangan ini dengan penuh rasa ketaqwaan, keimanan dan kesyukuran dengan lafaz kalimah takbir, tahmid dan tasbih memuji Tuhan Yang Maha Esa atas segala kurniaan-Nya.
Saya percaya tarbiyyah dan ibadah di sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak yang telah kita lalui seharusnya telah berjaya mengislahkan diri kita menjadi seorang insan yang lebih baik dan positif selaras dengan DNA UTM yang menitikberatkan budaya kerja yang berprestasi tinggi, kreatif dan inovatif serta menepati masa dalam melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan.
Justeru, sempena dengan ketibaan 1 Syawal 1435H ini, marilah kita mengeratkan silaturrahim, mengukuhkan persaudaraan, meningkatkan mahabbah antara kita dan seterusnya bersatu hati, berganding bahu dan bergerak secara kolektif atas semangat kesepakatan, keterangkuman dan keterlibatan. Hal ini amat penting untuk kita menjayakan Pelan Global UTM menjelang tahun 2020.
Kepada mereka yang pulang ke kampung, sentiasalah berwaspada, beretika dan mematuhi undang-undang semasa memandu di jalan raya. Jagalah keselamatan diri dan keluarga di sepanjang perayaan ini dan kembalilah semula ke kampus dengan selamat dan semangat baharu untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik demi meneruskan kecemerlangan UTM.
Semoga bulan Ramadan membentuk kehidupan kita untuk terus beribadah kepada Allah S.W.T. Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
“Sesiapa yang menghidupkan malam raya Idil Fitri dan Idil Adha dengan mengharapkan keredaan Allah, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari matinya semua hati” (H.R. Muslim & Ibnu Abbas).
Akhir kata, saya dan keluarga memohon ampun dan maaf kepada semua staf, mahasiswa dan warga UTM atas apa jua salah dan silap selama ini. Selamat Hari Raya Idil Fitri, maaf zahir dan batin.
Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar
Naib Canselor
Vice-Chancellor’s Eid 1435 H.E. Address
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum.wrt.wbkth,
Firstly, let us together offer our heartfelt gratitude to Allah Subhanahu Wataa’ala, for it is through his blessings that we are able to celebrate Eid on this auspicious 1st Syawal 1435 H.E. My family and I would like to wish the entire community of Universiti Teknologi Malaysia Happy Eid Mubarak. Let us celebrate 1st Syawal, the day of victory, with the utmost devotion, faith and gratitude through the supplications of takbir, tahmid and tasbih, praising Almighty God for all His blessings and favours.
I believe the prayers and worship proffered throughout the 30 days in the month of Ramadan Mubarak have made us a better and more positive person, in tandem with the UTM DNA, which emphasises a high performance, creative and innovative work culture, with responsibilities entrusted carried out in a timely manner.
Thus, with the arrival of 1st Syawal 1435 H.E., let us seize the opportunity to consolidate mutual ties, strengthen solidarity and enhance kinship, thereby becoming united and moving collectively as one entity in the spirit of consensus, inclusiveness and engagement. This is of utmost importance in ensuring the success of the UTM Global Plan by the year 2020.
For those travelling back to their hometowns, be careful and be mindful of the law and road safety regulations while on the road. Take safety precautionary measures throughout this festive season and return to campus with renewed spirit, thereby allowing us to give our best in ensuring the continued excellence of UTM, both present and future.
Do continue to perform worship rituals & practices done throughout Ramadan. The prophet (pbuh) said, which means:
“Those who enliven the night of Eid Al Fitr and Eid Al Adha with the hope of pleasing Allah, verily will not suffer the demise of the heart, on the day that all hearts perish”(Narrated by H.R. Muslim & Ibn Abbas)
In closing, my family and I would like to take this opportunity to seek forgiveness from all staff, students and the entire UTM community for any shortfalls and wrongdoings. Happy Eid Mubarak, Maaf Zahir dan Batin.
Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar
Vice-Chancellor