Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum.wrmt.wbkth,

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

Pertamanya, marilah kita sama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T di atas segala rahmat dan kasihNya, kita dikurniakan peluang untuk meraikan sambutan Hari Raya Idil Fitri pada 1 Syawal 1436H yang berbahagia ini. Marilah kita raikan 1 Syawal, hari kemenangan ini dengan penuh rasa ketaqwaan, keimanan dan kesyukuran dengan lafaz kalimah takbir, tahmid dan tasbih memuji Allah Yang Maha Esa atas segala kurniaanNya.

Saya percaya tarbiyyah dan ibadah di sepanjang bulan Ramadhan Al-Mubarak yang telah kita lalui seharusnya telah berjaya membentuk jiwa yang mantap dan mengukuhkan peribadi kita menjadi insan yang lebih baik dan positif. Bersesuaian dengan ibrah Idilfitri iaitu kembali kepada fitrah, saya yakin kita semua kini lebih bersemangat dalam memikul tanggungjawab sebagai warga UTM bagi membangunkan modal insan, meneroka ilmu dan teknologi dan merangsang budaya inovasi serta melaksanakan fungsi universiti ke arah kemakmuran sejagat.

Justeru, dengan anugerah 1 Syawal 1436H yang akan menjelang, marilah sama-sama kita saling mengeratkan silaturrahim, mengukuhkan persaudaraan, meningkatkan muhibbah dan seterusnya bersatu hati, berganding bahu dan bergerak secara kolektif atas semangat kesepakatan, keterangkuman dan keterlibatan dalam menjayakan Pelan Global UTM 2020 seperti yang disasarkan. Sesungguhnya, muafakat itu berkat.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan seluruh warga UTM yang akan pulang ke kampung, agar sentiasa berwaspada, beretika dan mematuhi undang-undang semasa memandu di jalan raya. Jagalah keselamatan diri dan keluarga di sepanjang perayaan ini. Saya berharap agar semua staf kembali semula ke kampus dengan selamat dan semangat baharu untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik demi meneruskan perjuangan ke arah kecemerlangan UTM dan mengukir sebuah sejarah untuk anak bangsa pada masa depan.

Semoga bulan Ramadhan dapat membentuk kehidupan kita untuk terus istiqamah dan beribadah kepada Allah S.W.T. Bagi meraikan Idil Fitri ini, Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang menghidupkan malam raya Idil Fitri dan Idil Adha dengan mengharapkan keredhaan Allah, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari matinya semua hati” (H.R. Muslim & Ibnu Abbas).

Akhir kata, saya dan keluarga secara ikhlas menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua staf, mahasiswa dan warga UTM atas apa jua kesilapan yang dilakukan selama ini.

Memandu kenderaan berhati-hati
Semoga selamat di setiap destinasi
Kaum keluarga gembira menanti
Hari lebaran dirai penuh berseri.

Sepuluh jari memohon kemaafan
Buat warga UTM yang saya kasihi
Salam Idilfitri tanda ingatan
Sama Sepakat bersatu hati.

Selamat Hari Raya Idil Fitri, maaf zahir dan batin.
Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar
Naib Canselor

 

Vice-Chancellor’s Eid 1436 H.E. Address

Bismillahirahmanirrahim 

Assalamualaikum.wrmt.wbkth,

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

Firstly, let us offer our heartfelt gratitude to Allah Subhanahu Wataa’ala, for it is through his blessings that we are able to celebrate Eid on this auspicious 1st Syawal 1436 H.E. Let us celebrate 1st Syawal, the day of victory, with the utmost devotion, faith and gratitude through the supplications of takbir, tahmid and tasbih, praising Almighty God for all His blessings and favours.

I believe the prayers and worship proffered throughout the holy month of Ramadhan Al-Mubarak have cleansed our soul and strengthened our character, making us a better and more positive person. In the spirit of Eid, I believe we are all eager to assume responsibility as a member of the UTM community, contributing towards the development of human capital, exploration of knowledge and technology, enrichment of the culture of innovation as well as the advancement of the function of the University towards universal prosperity.

Thus, with the arrival of 1st Syawal 1436 H.E., let us strengthen mutual ties, renew kinship, and enhance goodwill, thereby becoming united and moving collectively as one entity in the spirit of consensus, inclusiveness and engagement in our endeavor towards ensuring the success of the 2020 UTM Global Plan. Indeed, much can be achieved through collective action.

For those travelling back to their hometowns, be careful and be mindful of the law and road safety regulations while on the road. Take safety precautionary measures throughout this festive season. Do return safely to campus with renewed spirit to give our best in ensuring the continued excellence of UTM, for both present and future generations.

May the spirit of Ramadan continue to shape our lives in serving Allah Subhanahu Wataa’ala. In celebrating Eid ul-Fitr the prophet (pbuh) once said:

“Those who enliven the night of Eid ul-Fitr and Eid ul-Adha with the hope of pleasing Allah, verily will not suffer the demise of the heart on the day that all hearts perish”(Narrated by H.R. Muslim & Ibn Abbas)

In closing, my family and I would like to take this opportunity to seek forgiveness from all staff, students and the entire UTM community for any shortfalls and wrongdoings.
Happy Eid ul-Fitr, Maaf Zahir dan Batin.
Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar
Vice-Chancellor