Assalamualaikum.wrt.wbkth.
Salam Sejahtera

Seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia,

Alhamdulillah, atas jemputan Kerajaan Arab Saudi saya akan berangkat menunaikan Fardhu Haji pada tahun ini. InsyaAllah akan berangkat pada hari esok, 15 September 2015.

Di kesempatan ini, saya memohon maaf kepada seluruh staf dan mahasiswa UTM atas segala kesilapan/kesalahan dalam bentuk perkataan, perbuatan maupun tindakan saya. Saya pastinya sentiasa memaafkan apa jua salah silap sdr/i.

Mohon juga doakan agar segala urusan saya dipermudah, selamat pergi dan balik serta dikurniakan haji yang mabrur. Mohon juga doakan keselamatan isteri dan keluarga saya yang tidak menyertai saya.

Sebagai makluman, Insya Allah, esok (selasa) saya akan bergerak dari rumah pada jam 6.00 pagi ke KLIA dan akan mendaftar masuk di Balai Pelepasan, KLIA pada jam 1.00 tengahari.

Manakala, sepanjang saya di Tanah Suci, YBhg. Prof. Dr. Azlan bin Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) akan menjalankan tugas rasmi Naib Canselor.

Sekian, segala perhatian, kerjasama dan doa daripada tuan-tuan dan puan-puan amat saya hargai dan saya dahului dengan ucapan terima.

Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar
Vice-Chancellor/ President