KATA-KATA ALUAN
NAIB CANSELOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

 
بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, marilah kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran kerana dengan limpah dan RahmatNya kita masih dikurniakan  usia untuk melangkah ke tahun baharu Hijrah ini. Saya dengan penuh tawaduk mengucapkan “Salam Ma’al Hijrah 1437” kepada seluruh warga Universiti Teknologi Malaysia, khususnya yang beragama Islam.

Sambutan tahun baharu Hijrah perlu dihayati untuk membolehkan kita membuat perubahan ke arah yang lebih baik. Sirah perjuangan Nabi Muhamad SAW dan para sahabat yang telah berjaya menyatukan dan mempersaudarakan seluruh umat Islam di Madinah sekali gus membentuk kesatuan ummah yang mantap dan kukuh perlu dicontohi. Oleh itu, marilah kita sama-sama memantapkan ikatan dan memperkukuhkan ukhuwah sesama warga UTM khasnya dan seluruh warga Malaysia amnya bagi membolehkan kita melangkah lebih maju ke hadapan, selaras dengan tema Maál Hijrah 1437 iaitu “Perpaduan Nadi Transformasi Negara”.

Kita sebagai warga UTM perlu mempunyai iltizam ke arah transformasi kehidupan kepada yang lebih baik samada di dunia mahupun di akhirat. Justeru, kita perlu komited untuk melakukan penambahbaikan secara berterusan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Hayatilah semangat hijrah dengan menguasai pelbagai bidang ilmu pengetahuan, teknologi dan kemahiran untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan hidup dunia dan akhirat.

Semoga permulaan tahun Baharu Hijrah 1437 ini akan memugar semangat seluruh warga UTM untuk terus membentuk kebersamaan dan kesepakatan yang mantap dan kukuh, yang seterusnya akan meningkatkan produktiviti kita bagi merealisasikan aspirasi UTM sebagai Universiti bertaraf dunia yang menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran sejagat.

Sekian, terima kasih

 

1437 Hijri Islamic New Year Address

Vice-Chancellor

Universiti Teknologi Malaysia

Alhamdulillah, let us offer our gratitude to the Almighty for it is with His blessing and benevolence that we are given the opportunity to once again celebrate this Islamic New Year. With great humility I wish the entire UTM community, particularly those of the Islamic faith, “Salam Ma’al Hijrah 1437”.

The Hijri Islamic New Year celebration should be appreciated to enable us to make changes for the better. The history of the struggle of Prophet Muhammad SAW and his companions, in successfully uniting all Muslims in Madinah, thereby forming a unified and strong nation, should be emulated. Therefore, let us together strengthen the bonds of brotherhood among the entire UTM community in particular, and all Malaysians in general to enable us to move forward more progressively, in tandem with the 1437 Hijri Islamic New Year theme “Unity at the Heart of the Nation’s Transformation”.

As a member of the UTM community, we should aspire towards transforming our lives for the better, either in this world or the hereafter. Thus, we must be committed to continuously enhance and improve whatever we do. Embrace the spirit of Hijri by mastering various fields of knowledge, technology and skills to achieve progress and excellence in life and the hereafter.

May the start of the 1437 Hijri Islamic New Year restore the spirit of the entire UTM community to further strengthen and consolidate the bond of togetherness and solidarity, which in turn will enhance our productivity in realizing the aspirations of UTM to become a world class University, contributing to universal harmony and prosperity.

Thank you.