Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum.wrmt.wbkth,

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.
Pertamanya, marilah kita sama-sama menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T di atas segala rahmat dan kasihNya, kita bakal menyambut Hari Raya Idil Fitri pada tahun ini. Sama-sama kita doakan agar kita dapat menghayati 1 Syawal 1439H, hari kemenangan ini dengan penuh rasa keimanan, ketaqwaan dan kesyukuran dengan lafaz kalimah takbir, tahmid dan tasbih memuji Allah Yang Maha Esa atas segala kurniaanNya.

Justeru, sempena ketibaan Hari Lebaran ini, sebagai warga UTM, marilah kita menjadikannya sebagai satu wadah untuk kita saling bermaafan, mengeratkan silaturrahim, bersatu hati dan berganding bahu dalam menempuh segala cabaran bagi membawa UTM terus maju ke hadapan. Pandanglah ke hadapan dan bersama-samalah kita menjayakan aspirasi baharu negara dan memanfaatkan ekosistem yang lebih terbuka yang diberikan ini untuk mengukuhkankan segala usaha, inisiatif dan strategi terutamanya dalam pembangunan modal insan ke arah menjayakan harapan dan aspirasi UTM demi kesejahteraan dan kemakmuran sejagat.

Alhamdulillah di sebalik pelbagai cabaran dan rintangan, UTM telah meraih beberapa kejayaan yang membanggakan di peringkat negara dan antarabangsa termasuklah peningkatan dalam kedudukan QS World Ranking 2018/19 yang diumumkan baru-baru ini. Saya percaya ia adalah berkat keikhlasan, kesepakatan, kesungguhan dan pengorbanan seluruh warga UTM.

Kepada warga UTM yang akan pulang ke kampung, sentiasalah berwaspada, beretika dan mematuhi undang-undang semasa memandu di jalan raya. Jagalah keselamatan diri dan keluarga di sepanjang perayaan ini dan kembali semula ke kampus dengan selamat dengan semangat baharu untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik demi meneruskan perjuangan ke arah kecemerlangan UTM.

Semoga ibadah dan tarbiah di sepanjang madrasah Ramadhan Al-Mubarak yang telah kita lalui dan laksanakan berjaya membentuk peribadi insani yang lebih baik dan positif dan seterusnya memandu kehidupan kita untuk terus istiqamah dan beribadah kepada Allah S.W.T. Bagi meraikan Idil Fitri ini, Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang menghidupkan malam raya Idil Fitri dan Idil Adha dengan mengharapkan keredhaan Allah, nescaya tidak akan mati hatinya pada hari matinya semua hati” (H.R. Muslim & Ibnu Abbas).

Akhir kata, saya dan keluarga dengan penuh keikhlasan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua staf, mahasiswa dan warga UTM atas apa jua kesalahan dan kesilapan yang dilakukan selama ini.

Selesai sebulan tarbiah Ramadhan
Syawal dirai penuh kesyukuran
Salam Idil Fitri saya ucapkan
Mohon dimaafi segala kesalahan

Riang ria menyambut lebaran
Saling berkunjung jadi amalan
Berhati-hati di sepanjang perjalanan
Semoga selamat sampai ke destinasi tujuan

Selamat Hari Raya Idil Fitri, maaf zahir dan batin.
“Taqobbalallahu minna wa minkum”

Wahid bin Omar
Naib Canselor


Vice-Chancellor’s Eid 1439H Address

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.
Let us first begin by expressing our utmost gratitude to Allah S.W.T for His mercy and grace, we will soon celebrate the coming Eid ul-Fitr for this year. Together we pray that we can appreciate 1st Syawal 1439H, this day of victory, faith, taqwa and thanksgiving through the supplications of takbir, tahmid and tasbih to praise the Almighty Allah for all His bounties.

In conjunction with the arrival of this Eid ul-Fitr, as part of the UTM community, let us extend our hands to ask for forgiveness, and to strengthen our brotherhood. Let this victory of passing the test of Ramadan fasting be a platform for us to unite and work together to leap forward to take advantage of the new ecosystem which is more open, to consolidate our efforts, initiatives and strategy especially in developing our talents to fulfil UTM’s hope and aspirations to serve the ummah, and towards attaining universal prosperity.

Alhamdulillah, behind the various trials and tribulations, UTM has attained significant achievements that we can be proud of, including the recent increase in the QS World Ranking 2018/19. I believe it is the outcome of the sincerity, cooperation, determination and sacrifice of each member of the UTM community.

For those travelling back to their hometowns, please be mindful of the law and road safety regulations while on the road. Take safety precautionary measures throughout this festive season. Do return safely to campus with renewed spirit to give our best in ensuring the continued excellence of UTM, for both the present and future generations.

Hopefully the ibadah and tarbiyah throughout the month of Ramadhan Al-Mubarak have instilled in us the most desirable traits, and made us better and more positive people. It is my hope that the month of Ramadhan has shaped our lives to continue our istiqamah and worship towards Allah S.W.T.
To celebrate this Eid ul-Fitr, the Prophet S.A.W once said:
“Those who enliven the night of Eid ul-Fitr and Eid ul-Adha with the hope of pleasing Allah, verily will not suffer the demise of the heart on the day that all hearts perish”(Narrated by H.R. Muslim & Ibn Abbas)

In closing, my family and I would like to take this opportunity to seek forgiveness from all staff, students and the entire UTM community for any shortcomings and wrongdoings.
Happy Eid ul-Fitr, Maaf Zahir dan Batin.
“Taqobbalallahu minna wa minkum”

Wahid bin Omar
Vice-Chancellor