بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Ta’ala kerana di atas keluasan rahmat dan kasihNya, kita sekali lagi dikurniakan peluang untuk meraikan Hari Raya Aidiladha 1439H.

Pada tahun ini, saya dan beberapa orang warga UTM berserta isteri/suami amat bersyukur kerana dipilih oleh Allah Taala sebagai antara tetamuNya di bumi penuh berkat Makkah Al Mukarramah. Di sini, saya mendoakan agar UTM dan seluruh warganya akan terus dilimpahi barakah, kecemerlangan dan kemakmuran di dunia dan di akhirat. Saya juga mengajak diri saya dan warga UTM untuk kita berusaha menghayati dan mengambil ibrah daripada Ibadah Haji dan Ibadah Korban untuk diaplikasikan dalam kehidupan dan tanggungjawab kita seharian. Sebagai warga UTM, renungilah semangat dan roh perjuangan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S sebagai satu teras dalam menyempurnakan segala amanah dalam memacu kecemerlangan UTM dan menjayakan aspirasi pendidikan tinggi negara demi kemakmuran sejagat.

Bagi semua yang berada di tanah air, marilah kita penuhi Aidil Adha ini dengan memperbanyakkan lafaz takbir, tahmid, tasbih, tahlil, mendirikan solat sunat hari raya dan melaksanakan atau bersama membantu pelaksanaan ibadah Qurban. . Semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT dan seterusnya menjadikan kita insan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Akhir kata, Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1439H kepada seluruh warga UTM yang beragama Islam.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar

Naib Canselor

 ………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

ADDRESS BY THE VICE-CHANCELLOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IN CONJUNCTION WITH THE 1439 H.E. EID AL-ADHA CELEBRATIONS  (22 AUGUST 2018)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, let us extend our highest gratitude to Allah Ta’ala for His countless blessings and love aplenty, we once again have the opportunity to welcome Eid Adha 1439 H. This year, I and a number of UTM staff together with our spouses, are deeply grateful for being chosen by Allah as His ‘dhuyufurrahman’ (guests) to the blessed holy land of Makkah Al Mukarramah. Here, I pray that UTM and its community will continuously be showered with ‘barakah’, excellence and prosperity in this world and the hereafter. I also would like to motivate myself and everyone in UTM to attempt to appreciate and learn something from Haj and the Qurban (Sacrifice) ritual, to be applied in our life and our daily responsibility. As members of UTM community, we should learn from the spirit and struggle of Prophet Ibrahim AS and Prophet Ismail AS and regard it as an essence in completing the trusts to drive UTM towards excellence and to work towards realizing the higher education aspiration of the country for universal prosperity.

To everyone back home in Malaysia, let celebrate Eid Adha with a lot of ‘zikrillah’ – saying the ‘takbir, tahmid, tasbih, tahlil’ (prayers to glorify Allah the Al Mighty), – perform the optional Eid Adha prayer, and be part of, or help the Qurban ritual.

May all our good deeds be accepted by Allah SWT, and in turn, make us better persons than before.

Last but not least, I would like to wish Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1439H – Eid Adha Mubarak – to everyone in UTM community who are Muslims.

Thank you.

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar

Vice Chancellor