PERUTUSAN NAIB CANSELOR SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1440H
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Sepanjang sebulan Ramadan kita mengekang nafsu, berlapar dan dahaga, bagi melatih diri untuk lebih bersifat sabar, menginsafi hakikat kehidupan dan sentiasa konsisten melaksanakan amal kebajikan. Semoga kita dapat terus istiqamah demi mendapat redha Illahi.
Sempena ketibaan Lebaran ini, marilah kita bersama-sama menjadikan bulan Syawal yang mulia ini sebagai saat untuk kita menjernihkan segala perselisihan dan kekhilafan yang telah kita lakukan selama ini. Perteguhkan hubungan silaturahim dan ukhuwah
sesama kita tanpa mengira agama dan bangsa. Kerana dengan keakraban dan bersatu hati, kita mampu memacu UTM mengharungi segala cabaran dan dugaan dengan lebih mudah dan cemerlang.
Pada Ramadan kali ini, ada beberapa pelajar UTM yang telah diundang sebagai imam di masjid-masjid sekitar UTM untuk memimpin solat tarawih di tempat mereka. Ini satu contoh bagaimana UTM sebagai institusi pendidikan dapat melahirkan modal insan
yang cemerlang bukan sahaja daripada aspek teknikal malah juga daripada aspek kerohanian. Ini secara langsung membuktikan program pembangunan pelajar menunjukkan impak positif bukan sahaja kepada individu pelajar itu sendiri, malah kepada masyarakat sekitar.
Buat seluruh warga UTM yang akan pulang ke kampung halaman, rancang perjalanan anda sebaiknya. Bagi yang memandu, jagalah etika, sentiasa berwaspada dan patuhi sepenuhnya undang-undang jalan raya. Raikan Aidilfitri ini dengan kegembiraan
bersama keluarga dan hargai saat berkualiti bersama. Selamat kembali bertugas dengan semangat baharu untuk terus membawa UTM terus maju kehadapan.
Akhir kata, saya dan keluarga dengan penuh keikhlasan menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua staf, mahasiswa dan warga UTM atas apa jua kesalahan dan kesilapan yang dilakukan selama ini.
Selesai sebulan tarbiah Ramadhan
Syawal dirai penuh kesyukuran
Salam Aidilfitri saya ucapkan
Mohon dimaafi segala kekhilafan.
Bersukaria menyambut lebaran
Kunjung-mengunjungi jadi amalan
Berhati-hati di sepanjang perjalanan
Semoga selamat sampai ke destinasi tujuan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Wahid bin Omar
Naib Canselor
Let us extend our utmost gratitude to Allah Ta’ala for His countless blessings and love aplenty, we once again have the opportunity to celebrate Eid ul-Fitr 1440H in a peaceful and tranquil environment in this blessed land – Malaysia, Alhamdulillah.
Throughout the month of Ramadan, we restrain our lust, hunger and thirst, to train ourselves to be more patient, to understand the nature of life and to consistently carry out charitable deeds. Hopefully, we can continue istiqamah to get His blessing.
In conjunction with this Eid, let us together make this glorious month of Shawal as a time for us to clarify all the disputes and wrongdoings we have done so far. Strengthen our friendship and brotherhood regardless of religion and ethnic groups because with
camaraderie and unity, we are able to drive UTM to face all the challenges easily and excellently.
During this Ramadan, there are a few UTM students who have been invited as imam in mosques in UTM neighbourhood to lead the tarawih prayers. This is an example of how UTM as an educational institution produces excellent human capital who are not only
brilliant in technical aspects but also from spiritual aspects. This directly proves that the student development program has a positive impact not only on the students itself but also on the surrounding community.
To all UTM community who are travelling home, plan your trip wisely. For those who drive, keep the ethics, always be vigilant and obey the traffic rules on the road. Celebrate this Eid ul-Fitr, with family and appreciate the quality moment together. Do come back with renewed spirit to keep UTM moving forward.
In closing, my family and I would like to take this opportunity to seek forgiveness from all staff, students and the entire UTM community for any shortcomings and wrongdoings.
It’s time to draw the curtain on Ramadhan
Now it’s turn for Syawal celebration
Eid Mubarak I wish to everyone
I seek forgiveness for any wrongdoings of mine
Be happy and enjoy the Eid celebration
Visiting each other is a tradition
Be careful the whole duration
May you arrive safely at your destination
Eid Mubarak, Maaf Zahir Batin.
Wahid bin Omar
Vice Chancellor