Johor Bahru, 16 September – Naib Canselor UTM akan menyampaikan ucapan mengenai “Kerjasama Universiti dalam Era Digital: Peluang dan Cabaran” dalam Forum Presiden University Alliance of the Silk Road (UASR) di Xi’an, bermula 17-19 September, 2019 yang dianjurkan oleh Universiti Xi’an Jiaotong. UTM adalah antara 150 institusi yang menganggotai UASR dan dijemput ke forum ini.
Pasukan robotik UTM yang diketuai oleh Prof Madya Dr Mohd Ridzuan Bin Ahmad dan empat pelajar UTM juga akan bersaing dalam pertandingan separuh akhir robot di UASR. Pertandingan ini dianjurkan sempena forum Presiden.
Semasa lawatan ini, Profesor Ir. Dr. Shuhaimi Bin Mansor dari Fakulti Kejuruteraan dan Encik Ahmad Hilman Borhan dari UTM International akan turut sama bersama Datuk Naib Canselor.