Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Loke Siew Fook telah hadir dan merasmikan Majlis Pelancaran dan Pembukaan Bidaan Nombor Pendaftaran Khas Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Residensi UTM semalam.
UTM merupakan antara universiti awam yang terawal mendapat kelulusan berdasarkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Mei 2018 yang bersetuju dan mencadangkan agar Universiti Awam Malaysia menjana pendapatan mereka melalui penjualan nombor pendaftaran khas dengan nama ringkas Universiti Awam Malaysia.
Baca lanjut>> Careta