Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, kita sewajarnya melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Allah swt di atas kesempatan yang diberikan untuk kita sampai ke tahun 2020. Saya ingin mengajak seluruh warga UTM – staf dan pelajar untuk mengimbas kembali bagaimana masa yang dikurniakan kepada kita

dipergunakan sebaiknya. Masa adalah satu bentuk nikmat dan mengisinya dengan perkara bermanfaat adalah satu amanah. Menyambut kehadiran tahun baru adalah satu persediaan untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik, belajar daripada apa saja kelemahan dan kesilapan pada tahun 2019.

Sepanjang tahun 2019, banyak kejayaan yang telah kita capai dalam mengisi agenda Pelan Global UTM, meliputi kecemerlangan akademik dan penyelidikan serta memberi khidmat yang berimpak kepada masyarakat. Pencapaian kita adalah selari dengan visi dan misi UTM dan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mencapai kemakmuran dan kesejahteraan sejagat. 

Kejayaan kita bukan hanya dalam aspek akademik yang terangkum dan pelbagai, malah dalam jaringan Industri, kelestarian, dan kesohoran Global. 

Dalam kita memacu UTM ke arah kejayaan yang lebih hebat, terdapat juga cabaran yang telah kita lalui yang boleh dijadikan pengajaran untuk kita terus menambahbaik khidmat yang diberikan. Saya yakin setiap individu di UTM telah memainkan peranan masing-masing dalam memacu kejayaan universiti.  

Saya amat menghargai segala komitmen dan pengorbanan setiap warga UTM dalam memastikan UTM berada pada landasan betul dalam mencapai kecemerlangan. Marilah kita berganding bahu dan bekerjasama seperti kata pepatah, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Jauhkan daripada sikap seperti enau dalam belukar, hanya melepaskan pucuk masing-masing.

Saya ingin mengajak kita semua menghayati nilai teras UTM, memberikan yang terbaik dengan penuh keikhlasan, dan saya percaya kita boleh mencapai apa sahaja impian dan menghadapi apa sahaja cabaran pada masa hadapan. 

Selamat tahun baru 2020 kepada seluruh warga UTM.

* * *

TRANSLATION

Vice Chancellor’s New Year 2020 Address

Assalamualaikum and Greetings,

Alhamdulillah, we should express our gratitude to Almighty Allah SWT for the opportunity to step into the new year 2020. I would like to ask everyone in UTM to reflect on how we have utilised time bestowed to us in 2019. Time is in essence, a gift and utilising time well is a trust. Therefore, welcoming the new year by doing things differently and in a better way should be the way forward, and we should learn from our mistakes in 2019.  

In 2019, we have achieved many successes in meeting UTM Global Plan, consisting of academic and research excellence that are impactful to the community. The achievement is consistent with UTM vision and mission, as well as the Ministry of Education’s expectation in achieving the prosperity and well-being of mankind.

Our success encompasses academic inclusivity and diversity as well as industrial networking, sustainability, and global prominence. 

In our effort to spearhead UTM towards greater success, there have been many challenges that we have gone through that can be a learning experience to continue upgrading our services. I am confident that everyone in UTM has played its part to spearhead the university’s success. 

I appreciate the commitment and sacrifices of UTM community in ensuring that UTM is on the right track in achieving excellence. Let’s come together and collaborate just as the Malay saying,  bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat translated as we are strong if we work together. We need to distance ourselves from being selfish.  

Hence, let us all internalize and appreciate the core values of UTM, to give the best in everything sincerely, and I believe that we can achieve anything that we dream, and face any challenges in the future. 

Happy New Year 2020 to everyone in UTM.