Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) bergabung dalam Eksesais Leopard PALAPES Zon Selatan di Pontian Johor yang telah diadakan sejak dua minggu lalu. Majlis Penutup Eksesais Leopard ini telah selesai disempurnakan oleh Datuk Naib Canseor merangkap Komandan PALAPES UTM pada 3 Februari 2020.

Dengan kekuatan seramai lebih 450 kadet dan pegawai daripada ketiga-tiga institusi termasuk 140 kadet daripada UTM menjalankan latihan tempur konventional sejak 20 Januari lalu. Pada sesi awalnya, Naib Canselor UTM sempat meluangkan masa bertemu dan menyampaikan pesanan kepada kadet-kadet yang juga merupakan para pelajar UTM.

Pengalaman latihan tempur sebegini amat bernilai kepada ahli kadet kerana secara langsung memberi pendedahan tentang keadaan sebenar selain membina semangat dan keberanian diri sekiranya berlaku krisis. Datuk Naib juga sempat berjalan lebih 2 kilometer sambil menikmati kehijauan alam di lokasi latihan.