Datuk Naib Canselor mengelilingi kampus UTM Johor Bahru dengan berbasikal malam pada 5 Februari 2020 bersama lebih 30 orang staf dan pelajar untuk melihat keadaan pelajar dan persekitaran di kolej asrama.

Kami sempat singgah di Blok S47 (lokasi home surveillance) meninjau keadaan pelajar dan staf daripada luar. Kemudian menjengah ke Kolej 9&10 yang mengadakan sesi pertemuan pelajar baharu bersama felo. Destinasi seterusnya adalah ke Kolej Tun Fatimah di mana pelajar Diploma dan Asasi ditempatkan.

Program berbasikal anjuran Jabatan Harta Bina (JHB) ini, berlangsung selama hampir 2 jam ini bermula jam 8 malam dan berakhir jam 10 malam.