Day 8 (25 Mac 2020) – Rabu
Assalamu’alaikum, Salam Sejahtera Warga UTM,
Seperti biasa, pertamanya sama-sama kita mendoakan semoga seluruh warga UTM, ahli keluarga kita, sahabat handai dan seluruh warga Malaysia dan lain-lain negara yang menghadapi ancaman Covid-19 terpelihara dari musibah dan berada dalam keadaan tenang, dan sentiasa berjaga-jaga, dan sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
- Hari ini Kerajaan mengumumkan perlanjutan PKP sehingga 14 April. Ini bermakna kita perlu mematuhi arahan ‘stay at home’ dan meneruskan kaedah ‘WFH’ untuk tempoh lebih lama.
- Pagi tadi Senat telah membuat beberapa keputusan penting. Antaranya Panduan Pengendalian PnP secara Online; Pindaan kalendar Akademik; Tambahan Semester Pelajar Tahun Akhir Pelajar Pasca Ijazah; dan Membincangkan antaranya Kaedah Penilaian yang flexible dan Kaedah penyelesaian beberapa isu seperti penyerahan tesis. Senario Covid-19 tidak menentu. Jadi kita juga mempunyai plan B dan C. Pejabat Akademik akan membuat permakluman rasmi lebih lanjut. Warga UTM diminta bersedia dengan kontingensi plan yang perlu disesuaikan dengan keadaan Covid-19.
- Dengan anjakan tempoh PKP, kita perlu juga memperkemaskan kaedah ‘WFH’ agar lebih kemas, efektif dan tidak ada pembaziran tenaga dan sumber.
- Dalam email lepas (Day 6) saya ada mencadangkan beberapa pilihan untuk dilaksanakan. Mohon rujuk email tersebut. Dengan tempoh ‘WFH’ yang lebih panjang, pilihan tersebut lebih perlu dilaksanakan. Kebijaksanaan Ketua PTJ adalah perlu.
- Secara ringkas perlaksanaan ‘WFH’ memerlukan ‘Integrity, Creativity dan Connectivity’
- Mohon warga UTM mengikuti maklumat terbaru melalui email UTM.
- Warga UTM boleh juga memberi cadangan kepada PTJ masing-masing dan juga kepada pengurusan jika ada cadangan yang boleh dilaksanakan.
Sekian, terima kasih.
‘Stay where you are, stay safe, continue praying’
Wahid
36, TSPP
(Day 8 WFH)