Hari ke-26 (12 April 2020) – Ahad

Assalamu’alaikum, Salam Sejahtera Warga UTM,

Seperti biasa, kita mulakan dengan mendoakan semoga seluruh warga UTM, ahli keluarga kita, sahabat handai dan seluruh warga Malaysia dan lain-lain negara yang menghadapi ancaman COV-19 terpelihara daripada musibah dan berada dalam keadaan sihat, tenang, sentiasa berjaga-jaga, serta sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

  1. PKP belum berakhir. Semalam telah diumumkan PKP akan dilanjutkan untuk tempoh 2 minggu lagi selepas 14 April. Ini bermakna kita akan memasuki PKP Fasa 3, sehingga memasuki bulan Ramadhan.
  2. Mohon semua warga UTM akur sepenuhnya dengan PKP, walaupun cabaran melalui PKP sangat berat, samada dalam kehidupan ‘terkurung’ dirumah maupun cabaran WFH. Pematuhan PKP sepenuhnya sangat penting bagi mengawal risiko Covid19.
  3. Bagi pelajar pula mereka ‘terkurung’ di kolej-kolej. Oleh kerana pembelajaran atas talian telah bermula, adalah diharapkan pelajar kita mengisi masa sebaiknya.
  4. KKM masih tidak membenarkan pelajar untuk pulang ke kampung. Jadi kita mohon pelajar di kolej terus bersabar dan mengisi masa sebaiknya. HEP juga telah berusaha menganjurkan pelbagai aktiviti bagi mengurangkan kesan ‘kebosanan’ terkurung di bilik masing-masing. Juga dianjurkan pelajar mengambil sikap peduli sesama sendiri, berhubung dan bertanya kabar melalui komunikasi maya.
  5. Kepada staf, kita sangat maklum cabaran WFH dan ada juga dalam kalangan kita yang berhadapan dengan cabaran kewangan.
  6. Pihak BAKES telah menyediakan plan bantuan bagi meringankan bebanan ini. Begitu juga Koperasi UTM ada menyediakan pakej bantuan. Kepada kedua-duanya pihak universiti mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.
  7. Kita sangat prihatin kepada kebajikan staf dan pelajar. Semoga keadaan akan menjadi lebih baik insyaAllah.
  8. Dengan pelanjutan WFH, dan kekangan untuk staf ke pejabat, kita boleh menafaatkan waktu dengan mengikuti pelbagai program secara atas talian. Banyak PTJ telah memulakan usaha kreatif ini. Semoga lebih banyak PTJ akan menyediakan pelbagai bentuk kreativiti bagi memenafaatkan sepenuhnya WFH.
  9. Pengurusan juga memohon Pendaftar dan PTJ yang menyediakan perkhidmatan agar membuat kajian bagi membuat transformasi perkhidmatan di UTM. Kita telah melihat pelbagai perubahan boleh berlaku dalam waktu yang pantas ketika krisis ini. Dalam keadaan biasa, sukar untuk kita berubah. JK PEMUDAH boleh segera memulakan usaha ini. Ini adalah peluang terbaik.  
  10. Sama-samalah kita berusaha menjadikan diri kita lebih baik dari pelbagai pengajaran yang dilalui ketika wabak C-19 ini.
  11. Mohon warga UTM mengikuti maklumat terbaru melalui email dan saluran lain seperti FB dan Laman Web UTM berkaitan C-19 (https://people.utm.my/covid19).
  12. Warga UTM boleh juga memberi cadangan kepada PTJ masing-masing dan juga kepada pengurusan bagi menambah baik apa sahaja agenda UTM.

Sekian, terima kasih.

‘Stay safe, stay healthy, and keep praying’

Wahid Omar
24, TSPP
(Day 26 WFH)