PERUTUSAN NAIB CANSELOR SEMPENA RAMADAN 1441H
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
1. Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia, rahmat dan kasih-Nya, kita sekali lagi diberi kesempatan dipertemukan dengan satu bulan yang penuh dengan keberkatan iaitu bulan Ramadan.
2. Suasana kali ini sememangnya berbeza, mungkin ini kali pertama kita melaluinya dalam keadaan di mana berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berpunca daripada penularan wabak coronavirus (COVID-19) yang secara langsung merubah segala aktiviti dan cara kita mengharungi Ramadan.
3. Kekangan untuk berkumpul dan penjarakan sosial pada masa ini menghadkan untuk diadakan perkumpulan sosial seperti solat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau, bazar Ramadan, dan sebagainya.
4. Mungkin perkara ini sukar untuk dihadapi oleh sebahagian kita, namun ini adalah pendekatan terbaik pada masa ini seperti diarahkan kerajaan untuk mengekang penularan COVID-19 daripada terus merencatkan sistem ekonomi dan sosial di negara ini pada jangka masa panjang.
5. Buat warga UTM umumnya, ambillah dugaan yang berlaku ini sebagai peluang untuk kita memperbanyakkan lagi amal ibadah dan melakukan kebajikan melalui amalan bersedekah. Usah dipersiakan peluang yang ada. Hadis Rasulullah SAW;
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana iman (ketaatan kepada Allah), dan mengharapkan (keredhaanNya), akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
6.Kepada para pelajar UTM yang kini berada di kampus, Universiti akan memastikan kebajikan saudara-saudari terjaga sepanjang berada di kampus, insyaAllah.
7. Teruskan berkomunikasi dan bertanya khabar antara sesama rakan, felo mahu pun dengan pensyarah dan begitu juga sebaliknya. Rapatkan ukhuwah walaupun dengan mereka yang berlainan bangsa dan agama. Ini penting bagi memastikan tahap emosi, dan sokongan moral sesama kita secara langsung mampu memberi semangat dan motivasi untuk kita terus menjalani bulan Ramadan ini dengan lebih baik.
8. Akhir kata, saya bagi pihak Universiti dan keluarga dengan rendah hati memohon kemaafan atas sebarang kekhilafan dan kesilapan selama ini.
9. Salam Ramadan diucapkan kepada semua. Rebut dan manfaatkan bulan Ramadan sebaik-baiknya, semoga diterima segala amalan kita dan beroleh ganjaran yang setimpal oleh Allah S.W.T.
Wahid bin Omar
Naib Canselor
24 April 2020
– – – English version – – –
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi,
1. Let us extend our utmost gratitude to the Almighty Allah SWT for His grace, love, and mercy we are once again given the opportunity to meet Ramadan, a month full of blessings.
2. This time, the situation is quite different, perhaps this is the first time we are experiencing the Movement Control Order (MCO) caused by the coronavirus (COVID-19) pandemic that has directly changed our activities and our way of getting through Ramadan.
3. The constraints of gathering and the need for social distancing have limited social gatherings such as performing congregational tarawih prayers in musalla and mosques, having Ramadan bazaars, and so on.
4. This may be difficult for some of us, but this is the best approach at the moment to follow what has been directed by the government to control the spread of COVID-19 from disrupting the country’s economic and social system in the long run.
5. For UTM community members in general, take this challenge as an opportunity for us to increase our worship and charity by giving out alms. Don’t miss out on the opportunity. The Hadith of Prophet Muhammad Salallahu A’laihi Wassalam (Peace be upon him);
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Meaning: Whoever fasts in Ramadan because of faith (obedience to Allah), and expecting (His pleasure), he will be forgiven of all past sins. (Hadith Narrated by Bukhari and Muslim)
6. For UTM students who are currently on campus, the University will ensure that your welfare is looked after whenever you are on campus, Insha’Allah.
7. Continue communicating and keep in touch with friends, fellows and lecturers and others. Make friends with people regardless of race and religion. This is important to ensure the level of emotion, and moral support among us is good which can directly inspire and motivate each other to go through the month of Ramadan well.
8. Lastly, I on behalf of the University and my family humbly apologize for any mistakes or wrongdoing committed over the years.
9. Wishing Ramadan Kareem to all. Grab the opportunity and make the best of Ramadan, may all our deeds be rewarded by Allah S.W.T.
Wahid bin Omar
Vice-Chancellor
24th April 2020