Salam,
 
Hari ini 31 Ogos 2020, saya menamatkan tugas sebagai Naib Canselor UTM. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang telah memberi kepercayaan kepada saya menerajui UTM selama 7 tahun bermula 1 September 2013. Saya akan kembali berkhidmat sebagai Professor di Sekolah Kejuruteraan Awam (SKA), UTM.
 
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada seluruh warga UTM di atas kesungguhan dan pengorbanan dalam memberi sepenuh komitmen kepada UTM dalam melaksanakan pelbagai agenda strategik menjadikan UTM sebagai institusi pengajian tinggi yang tersohor di peringkat global berdasarkan Visi dan Misi UTM.
 
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Pengarah UTM, rakan-rakan pengurusan di semua peringkat dan Senat yang telah membina satu pasukan yang mantap berpaksikan nilai teras UTM iaitu Integriti, Sinergi, Kecemerlangan dan Kelestarian.
Penghargaan saya juga kepada Majlis Perwakilan Pelajar, Kerajaan Negeri Johor, rakan industri, pelbagai pemegang taruh, dan pihak media yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik kepada UTM.
 
Semoga UTM akan terus bergerak jauh ke hadapan di bawah kepimpinan baru. Tahniah dan selamat maju jaya kepada Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail yang dilantik Menjalankan Fungsi Naib Canselor.
 
Akhir kata, mohon maaf daripada saya sekeluarga atas apa jua salah silap, dan saya sentiasa maafkan semua insya-Allah.
Sekian.
 
Saya yang menjalankan Amanah.
 
Kerana Tuhan Untuk Manusia
 
Wahid Omar
UTM
 
* * *
Salam and greetings,
Today 31st August 2020 is my last day as the Vice Chancellor of UTM. So, I am taking this opportunity to extend my deepest gratitude to the Ministry of Higher Education for trusting me to steer UTM for 7 years starting on 1 September 2013. I will now head back to the School of Civil Engineering, UTM as one of its professors.
 
I would also like to express my gratitude to everyone in UTM Community for all your efforts and sacrifices in committing fully to UTM while executing various strategic agenda to make UTM the most renowned higher education institution globally based on its vision and mission.
 
I am also thankful to UTM Board of Directors, fellow management leaders at all levels and Senate members, whom together, we have built a strong team anchored in UTM core values of Integrity, Synergy, Excellence and Sustainability.
My appreciation also goes to the Student Body (Majlis Perwakilan Pelajar), Johore State Government, UTM industrial partners, various stakeholders and media agencies which have extended a very good relationship with UTM.
 
May UTM move very far ahead under the new management. Congratulations and all the very best to Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail who has been appointed as the officer to Assume the Duties of the Vice Chancellor.
 
Last but not least, please accept apologies from me and my family for any wrong doing, and I have forgiven everyone, In Syaa Allah.
Thank you.
 
I, Who Uphold Trust
 
In the Name of God for Mankind
 
Wahid Omar
UTM