Assalamualaikum wrt.wbkth.
Bersempena dengan ketibaan 1 Muharram 1435 Hijrah bersamaan 5 November 2013 ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua staf dan mahasiswa UTM terutamanya yang beragama Islam.
Hijrah adalah satu peristiwa besar yang sangat signifikan dalam perjuangan Rasulullah (S.A.W) dan sewajarnya ianya difahami dan dijadikan sebagai pengajaran kita bersama. Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah kali ini saya mengajak seluruh warga UTM agar kita menghayati sepenuhnya semangat penghijrahan ini dan saling bekerjasama dan bermuafakat membuat perubahan kepada yang lebih baik dan memajukan UTM demi memartabatkan maruah bangsa, negara dan ummah sejagat.
Salam Maal Hijrah 1435H!
Wassalam.
Prof. Ir. Dr. Wahid bin Omar
Naib Canselor