Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum. wrt. wbkth.

Alhamdulillah, dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita diberi peluang menyambut Hari Kebangsaan bagi tahun 2015. Sesungguhnya sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada tanggal 31 Ogos ini merupakan satu kurniaan dan anugerah yang amat berharga bagi setiap rakyat. Justeru, ia perlu dihargai dan dihayati dengan sebaiknya.

Menelusuri sejarah perjuangan kemerdekaan, saya percaya kita semua menyedari bahawa perjuangan untuk meraih kebebasan daripada penjajahan ini bukanlah sesuatu yang mudah. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk sentiasa menghayati peristiwa bersejarah negara ini, di samping mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan laungan slogan ‘merdeka’. Pengisian agenda kemerdekaan pula diterjemahkan dengan semangat patriotism dan bersatu padu dalam setiap perkara yang dilakukan selari dengan tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini iaitu #sehatisejiwa.

Sebagai warga UTM, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk bersama-sama mengisi kemerdekaan ini dengan mengukuhkan ukhuwah dan muafakat, menggandakan usaha, meningkatkan tahap kecekapan serta berinovasi  ke arah menjana produktiviti tinggi dalam menjayakan aspirasi UTM Global 2020. Malah, tema #sehatisejiwa pada sambutan Hari Kebangsaan tahun ini juga ternyata amat bertepatan dengan semangat kesepakatan, keterangkuman dan keterlibatan yang digagaskan di UTM dalam usaha membina sebuah masyarakat dan negara-bangsa yang berilmu, maju dan berdaya saing di peringkat global.

Akhir kata, saya berharap agar sambutan Hari Kebangsaan 2015 ini akan mengeratkan lagi hubungan, ukhuwah dan perpaduan dalam kalangan seluruh warga UTM bagi mencapai hasrat universiti dalam menerajui inovasi ke arah kemakmuran sejagat. Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar
Naib Canselor UTM

 

ADDRESS BY THE VICE_CHANCELLOR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
IN CONJUNCTION WITH THE 2015 NATIONAL DAY CELEBRATIONS
(31 AUGUST 2015)

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum. wrt. wbkth.

Alhamdulillah, it is with His blessings and benevolence that we have been given this opportunity to celebrate the 2015 National Day. Indeed, Malaysia’s National Day celebrations on August 31 is an invaluable gift. Therefore, this moment should be cherished and treasured.

Tracing the struggle for independence, I believe we are all aware that becoming liberated from colonialism is not something easy. It is therefore apt for us to appreciate the significance of the historical events of this country, displayed by flying the national flag, Jalur Gemilang and uttering the independence slogan ‘merdeka’. The independence celebration agenda should be demonstrated through the spirit of patriotism and unity in everything we do, in tandem with the theme of this year’s National Day celebrations, namely, #sehatisejiwa (one heart, one soul).

As a community member of UTM, it is our responsibility to collectively celebrate this independence by closing ranks and strengthening kinship and collaboration, intensifying efforts, enhancing efficiency and innovation, towards high productivity in ensuring the success of the aspirations of UTM Global Plan 2020. Indeed, the theme ‘#sehatisejiwa’ for this year’s National Day celebrations befits the spirit of consensus, inclusiveness and engagement envisioned in UTM in our endeavor to build a knowledgeable and developed society and nation, able to compete globally.

To conclude, it is my hope that the 2015 National Day celebrations will further strengthen the relationship and solidarity among the entire UTM community, in support of the university’s aspirations to be at the forefront of innovation towards universal prosperity. Thank you.
Wassalam.

Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar
UTM Vice-Chancellor