PERUTUSAN NAIB CANSELOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SEMPENA AIDIL ADHA 1436H (24 SEPTEMBER 2015)

 

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, marilah sama-sama kita menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Ta’ala kerana di atas keluasan rahmat dan kasihNya, kita sekali lagi dikurniakan peluang untuk meraikan Hari Raya Aidiladha 1436H. Sesungguhnya sambutan perayaan Islam yang turut dikenali Hari Raya Qurban ini seharusnya membawa pengertian yang besar dalam kehidupan kita selaras dengan Ibadah Haji dan Qurban yang dilaksanakan. Justeru, marilah kita bersama mengambil iktibar sirah perjuangan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S dengan menterjemahkan pengertian dan penghayatan pengorbanan ini dalam urusan dan tanggungjawab kita dalam menggalas amanah memacu kecemerlangan UTM bagi mencapai aspirasi Pelan Global UTM 2020 dan seterusnya ke arah kemakmuran sejagat.

Alhamdulillah, pada tahun ini juga, saya dan beberapa orang warga UTM amat bersyukur kerana dipilih oleh Allah sebagai antara tetamuNya di Bumi Suci Makkah Al Mukarramah. Di sini, saya mendoakan agar UTM dan seluruh warganya akan terus dilimpahi barakah, kecemerlangan dan kemakmuran di dunia dan di akhirat. Bagi yang berada di tanah air, penuhilah hari raya ini dengan takbir dan tahmid, solat Aidil Adha serta melakukan ibadah korban. Semoga segala ibadah kita diterima oleh Allah SWT dan seterusnya menjadikan kita insan yang lebih baik daripada sebelumnya. Kita juga mendoakan semua jemaah haji dari seluruh dunia dapat menunaikan ibadat haji dengan lancar dan mendapat haji mabrur.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

 

Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar
Naib Canselor

 

ADDRESS BY THE VICE-CHANCELLOR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

IN CONJUNCTION WITH THE 1436 H.E. EID AL-ADHA CELEBRATIONS

 (24 SEPTEMBER 2015)

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah, let us proffer our deepest gratitude to the Almighty Allah, for it is with His blessings and benevolence, we are once again given the opportunity to celebrate Eid al-Adha in the year 1436 H.E. Indeed, this Muslim religious celebration, which is also know as the ‘Festival of Sacrifice’ has a great meaning in our lives, manifested through the Hajj Pilgrimage and the slaughter of selected sacrificial animals in the name of the Almighty. Therefore, let us take heed and learn from the struggles of Prophet Ibrahim A.S. and Prophet Ismail A.S. Our understanding and appreciation of the sacrifices these prophets have made can be displayed through our actions and attitudes in shouldering our responsibilities in driving UTM towards excellence as aspired in the UTM 2020 Global Plan, ultimately contributing towards universal prosperity.

Through the grace of Allah, several UTM community members, including me, have been fortunate to be selected as the guests of Allah in the Holy Land Makkah Al Mukarramah this year. In this holy land, I proffer du’a that UTM and its entire community will continue to be blessed, achieve excellence and enjoy prosperity in the world and the hereafter. For those in our motherland, fill this celebration with takbir and tahmid, as well as Eid al-Adha prayers, in addition to performing the sacrificial slaughter ritual. May Allah SWT accept our worship, and bless us by making us a better person than before. We also pray that all hajj pilgrims from across the globe will be able to perform their Hajj pilgrimage without any untoward incidents and be blessed with Hajj Mabrur!

Thank you, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid bin Omar
UTM Vice-Chancellor