Berkerja di sebuah syarikat penerbangan mungkin menjadi idaman sebahagian besar tenaga kerja. Antara keistimewaan yang akan diperolehi sudah pastinya elaun tiket penerbangan tahunan untuk diri dan keluarga. Siapa yang tak nak kan?. Walaupun saya tak berpeluang menjadi staf sepenuh masa, dapat bergelar Allstars dan melalui pengalaman di RedQ sudah pasti menjadi kenangan istimewa sepanjang hayat.

Semuanya bermula apabila saya telah ditawarkan untuk memohon menyertai program sangkutan (attachment) bagi tahun 2018 dan lokasi yang dibenarkan adalah di sekitar ASEAN. Untuk rekod, kebanyakan calon-calon yang melalui attachment ni hanya tertumpu di universiti sahaja. Kenapa tidak mencuba kelainan?

Selepas memikirkan komitmen keluarga dan beberapa faktor lain, lokasi di dalam negara menjadi pilihan dan 3 agensi saya senarai pendekkan untuk pemilihan lokasi akhir. AirAsia dipilih dengan mengambil kira suasana kerja yang berbeza (syarikat korporat), kepelbagaian budaya (diversity), peluang untuk berkomunikasi lebih banyak dalam bahasa Inggeris dan persekitaran kerja yang dinamik (pelbagai aspek).

Alhamdulillah, selepas berhubung hampir 5 bulan dengan pihak People Department, AirAsia, saya telah diterima untuk menjalani program latihan industri bersama mereka selama 10 minggu di RedQ, Kuala Lumpur International Airport (KLIA2). Saya antara staf pentadbir pertama yang melakukannya (jalani latihan industri di syarikat swasta) sebagai seorang staf dan bukan sebagai pelajar. Biasa staf akademik je ada peluang macam ni untuk buat cuti sebatikal. But I’m breaking the trend! Haha.

Selama 10 minggu di RedQ iaitu daripada 13 Ogos hingga 19 Oktober saya telah ditempatkan di unit acara di bawah Bahagian Komunikasi, AirAsia Berhad. Awal2 masuk, agak keliru juga mana satu AirAsia Berhad, mana satu AirAsia X, mana satu pula AirAsia Malaysia dan yang lain-lain. Rupanya-rupanya semuanya hampir berbeza dengan apa yang saya fikirkan.

Di RedQ, fokus saya menjalani latihan industri di sini adalah untuk explore skop kerja berkaitan pengurusan acara, perhubungan pelanggan, penjenamaan dan juga kepimpinan. Tidak dapat dilupakan adalah persekitaran digital ditempat kerja dan kreativiti AirAsia untuk sentiasa tampil berbeza dengan orang lain. Banyak yang perlu dipelajari dan dihayati untuk di bawa balik ke UTM semula nanti.

Banyak yang hendak dikongsikan. insya-Allah akan dikisahkan pada entri akan datang. Jangan sedih ye. 🙂