It’s about my life.

Suka, duka, passion.

Perjalanan hidup sebagai insan biasa.

Yay! Welcome 20222023

First day of a new semester.
Hujan seawal Subuh. Dub dab. Mana taknya, kelas physical yang dah bertahun tak buat. haha. Nak melangkah ke dewan kuliah dengan beg penuh. Tangan pun penuh membawa lebih sedozen buku teks.
Sampai jam 7.25am. Alhamdulillah hujan dah lama berhenti. Tapi siap2 dah bawa kasut extra haha. Taknak kuyup kaki. hihi. Beg penuh sebab bawa laptop dan ipad back up sekali. Tengoklah mana kabel yang nak hidup. Maklumlah. Bertahun kabel tak berguna lagi. hihi…
Bangunan lama biasa da. Masuk2 kelas, wau! luar setinggan dalam kondo umpamanya. haha. Tapi sebenarnya terpaling wau sebab whiteboard nya tu hahaha heaven! Kelas mmg menarik la.
Tapi…ada tapinya, mereka tak siap setup kelas.
Kata technician situ, kelas tu baru diberi kunci pagi ni kepada PO utk buka kelas dahulu. Sepatutnya pagi tu baru kontraktor officially nak serah dewan tu pada fakulti terbabit.
Jadi, memang bau kedai sungguh la kiranya.
Tak boleh buang masa ni sbb next week cuti lagi. Ligat kepala memikir. Konon bawa 2 gadjet dah cukup persediaan. haha end up 2-2 tak boleh nak guna gak. hihi..
Maka, yang terfikir guna sajalah webex utk pastikan student boleh view lecture note. Explaination di depan. Whiteboard tu paling heaven. Guna 2/3 darinya tanpa ragu2 haha.. tapi penat wei nak memadam la plak. Takpelah janji puashati dapat bercakap face to face dengan pelajar. Bila kita tanya, tunjuk depa, eh menjawab terus. hihi…takde la mokcik tanya..disambut hanya krik krik…
Alhamdulillah. Pelajarnya baik2. Walaupun tahun 3, tapi kira ni tahun pertama depa masuk kuliah secara physical la..mcm budak fresh juga da. Smart dan kemas.
Sempat titipkan pasal etika pemakaian, adab belajar, salah laku meniru dalam peperiksaan kesan dan akibat, serta nasihat2 mak pada anak2. Mudah2han ilmu berjaya sampai terus ke dalam hati mereka. Aminn

Program M4E (Mentor for Excellent)

Taklimat program diatas telah diadakan pada 28 Ogos 2019 jam 11am bertempat di Dewan Seminar CICT.

Program ini berstruktur yang mana tujuannya adalah untuk membantu staf serta memberi tunjuk ajar dalam bidang kepimpinan, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi serta kemahiran profesional.

Ada 4 pilihan sama macam TESDCP. Tetapi ianya tidak berkait secara langsung.

Secara ringkasnya, ianya tidak membebankan disebabkan ianya lebih kepada membantu staf ke arah pembinaan kerjaya yang lebih gemilang. gituuu…

Pendapat saya: Since kami di FS sudah ada program mentor-mentee SUNSHINE (gitulah bunyi nya) yg mana tujuannya juga utk memberi bantuan kepada staf yang suam2 kuku dalam research ini, maka, terfikir la apa salahnya kita cuba join M4E ini. Sekali jalan da…mentor yang sama ku petik. Dengan harapan berjalan juga la research ku, dan mencapai KPI research&innovation utk M4E ini. Masih mengharap ada sinar…

untuk info lanjut: https://sites.google.com/utm.my/m4e/home

Staff Personal Website Clinic

Staff Personal Website Clinic

 

Date: Aug 14th, 2018
Venue: Mathematics Computer Lab 2, C22-Level 3, Faculty of Science.
.
Tentative schedule:
9am -10 am : Review basic updating
10am-12pm : Consultation
Click here:

Manual-for-Website-Development-Using-Wordpress-for-Academic-Staff-Personal-Site

1_Clinic-Web-Staf-14Aug18_upd

 

Facilitators:
Dr. Haiza (Instructor), Dr. Shazirawati, Dr. Farhana, Pn. Wan Rukaida

PhD-Perjalanan yang panjang-Part 2

PhD-Perjalanan yang panjang-Part 1

Lanjutan dari cerita part 1 yang berbulan tak bersambung (hehehe)

Bismillah..

Allahuakbar. Aku rasa sangat kusut ketika itu walaupun detik aku membuat keputusan aku perlu ‘berhijrah Sv’ telah kukuh dihati. Keluar dr bilik perbincangan, aku terus menaip emel ke ketua jabatan ku di UTM ketika itu, Prof Sarah. Siapa tidak kenal dengan Prof Sarah. Lantangnya suara dia..kecut perut ku juga. Tapi dia tegas pada perkara yang betul. Antara sebab aku lambat buat keputusan adalah TAKUT dengan Prof Sarah ini la. Takut nak hadap segala ‘hamburan’ nya kelak. Tapi entah mana kekuatan yang Allah bg, keluar saja dari bilik tersebut, aku pun menaip emel kepada beliau. Waktu itu, jam di Malaysia sudah pun menginjak pukul 6pm keatas (seingat aku la)…aku memang meluahkan rasa kepada Prof Sarah. Aku dengan confident bgtau yang aku nekad nak tukar SV dan bgtau situasi disini. Mungkin kerana baru kluar dr bilik panas itu, maka semua luahan aku tersampai ke hati Prof Sarah ketika itu. Selang beberapa minit, aku menerima email balasan dr Prof. Satu lagi petunjuk yg Allah bg ketika itu. Tanpa pernah aku sangka, Prof sangat2 menyokong apa juga keputusan aku dan akan back up aku di pihak penaja, UTM. Antara ayat Prof yang masih aku ingat…” buat apa sahaja Far asalkan you dapat balik dengan PhD”…Allah..besarnya pertolongan Mu ketika ini. Dan ini menambahkan keyakinan aku…aku kena usaha. Seingat aku hari tu merupakan hari last minggu tersebut. Dan aku punya masa weekends utk berehat dan terus kan plan mencari SV. Seriously, weekends yg sangt nyaman, tenang dan bermakna utk aku sejak bergelar postgrad students.

 

Aku cuba juga kekalkan apa yang aku dah buat. Namun, setelah masak2 aku fikir. Tiada gunanya aku teruskan kerana aku tetap akan hadap manusia paling hipokrit ini. Dan dia pasti akan berusaha utk menjatuhkan aku satu hari nanti. Aku tiada positif lagi dengan si dia ni. Enough. Maka, satu benda yang aku takut akhirnya aku kena redha. Semua keje 15 bulan ini terus masuk ke laut merah. huhu. Aku totally start new things. Aku bersyukur naik je ke minggu baru, aku mendapat pertolongan dari Narghes. Yes my iranian’s friend yg sama SVs tapi dia awal2 angkat kaki dgn si hipokrit ini. She suggest me to try talk to her new SV, yes .. the discussion was smooth and easy. Aku lega. Idle time aku tak lama. Hanya beberapa hari. Let me introduce my new SV, Prof Chris Potts dan bidang baru aku adalah Operational Research. Aku tak pernah bgtau ex-Sv aku yg aku nk bertukar SV. Tapi yelah dalam school yang samakan. Si hipo ni panggil aku (masa tu proses pertukaran belum rasmi), dia dgn seriousnya pujuk aku. Dia ckp something…ok, now kita fokus dan plan apa yg perlu. Oh sorry, I’m quit. Then, aku blah. Aku tersangt sakit hati dengan apa yg dia buat. Tapi jangan bgtau aku, did I try to talk my SV berkenaan his supervision all this while. In fact, we (aku, Vasthi and Narghes) did report his way to the PGs coordinator, manager school of math, but then, who want to believe? Prof kot. Ada takda tinggalla Vasthi alone. But guess what…she end up dengan 7 supervisors! yang mana bermacam2 advisors membantu huhu.

Aku bermula semula pada Januari 2009. Approved by UTM juga. Support kuat dari Prof Sarah ketika itu. Tanggungjawab aku makin besar. Sebab dah menyusahkan juga ramai orang. Allah…aku hepi dengan apa yang aku ada ketika itu. Aku bersyukur sgt Allah buka kan jalan yang mudah utk aku. Memang aku rasa bantuan DIA yang permudahkn segala urusan aku.

This was my new life. I am very positive on this. Haha. I love my research. I had an officemate which not muslim but she understand Islam very well. We did our research together and always help me on my programming.

errrmm…To be continued. (again.. )