ASSOCIATE PROFESSOR DR. MUHAMMAD FATHI BIN YUSOF is a lecturer and researcher at Perdana Policy Centre, Faculty of Technology and Informatics Razak, University of Technology Malaysia, Kuala Lumpur Campus. Currently he also serves as Deputy Director of Islamic Centre, UTMKL, and as Deputy Head of Politics and Governance Research Group. He was trained in legal studies with  specialization in the constitutional law. His research interest is in constitutional law, electoral system, Islamic law, corruption law, integrity, cyber law, law for project management. He was appointed as Technical Committee Member for National Consultation Committee on Political Finance, Standing Committee Member of Selangor Islamic Affairs Committe, Head of Working Group for Human Rights, National Dakwah Council, Head of Research Panel for Enhancement of Terengganu State Legislative Assembly, Member of Appointment, Integrity and Governance Committee of YaPEIM and various other positions.

PROFESOR MADYA DR. MUHAMMAD FATHI BIN YUSOF adalahseorang pensyarah dan penyelidik di Pusat Polisi Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Sekarang juga menyandang jawatan Timbalan Pengarah, Pusat Islam, UTMKL dan Timbalan Ketua Kumpulan Penyelidikan Politik dan Governans. Beliau mendapat pendidikan dalam bidang undang-undang diperingkat sarjana muda (LLB), sarjana (LLM) dan Falsafah Kedoktoran dengan pengkhususan dalam bidang undang-undang perlembagaan. Tumpuan kajian beliau adalah dalam bidang undang-undang perlembagaan, sistem pilihan raya, undang-undang Islam, undang-undang rasuah, integriti, undang-undang siber, dan undang-undang untuk pengurusan projek. Beliau pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Teknikal bagi Jawatankuasa Konsultasi Nasional Mengenai Pembiayaan Politik, Ahli Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Ketua Kumpulan Kerja Hak Asasi, Majlis Dakwah Negara, Ketua Panel Penyelidik Pemantapan Dewan Undangan Negeri Terengganu, Ahli Jawatankuasa Perjawatan, Integriti dan Tadbir Urus, YaPEIM dan beberapa lantikan lain.

Fathi in the media…