Program Jelajah Sains 2017

Program ini merupakan program yang dijalankan oleh Dr. Nor Ain Husein. Program ini ditugaskan kepada pelajar tahun 2 fizik sesi 2016/2017 sebagai tugasan dalam kursus yang diajar Dr. Nor Ain Husein.

Secara ringkasnya, beberapa sekolah berhampiran dan di sekitar UTM, JB telah terlibat dalam program ini. Walaupun program ini diaturkan oleh pelajar tahun 2 fizik, beberapa pelajar dari bidang lain (matematik, kimia dan biologi) turut dikehendaki untuk menyertainya. Ini kerana program ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid sekolah terhadap bidang sains.

Kumpulan 6 yang diketuai Muhd Afiq Daniel.

Sebagai contoh, pelajar UTM yang ditugaskan dalam Kumpulan 6 telah menjalankan aktiviti di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yassin bersama dengan pensyarah pengiring iaitu, Dr. Husni Hani Jameela dan Dr. Syarifah Zyurina.

Penghargaan kepada pihak sekolah.

Banyak aktiviti menarik telah dijalankan di sepanjang program. Aktiviti-aktiviti tersebut berbeza-beza dan boleh dikelaskan samaada berkonsepkan fizik, bio, kimia atau matematik.

Semoga murid-murid sekolah bertambah minat kepada sains.   🙂  🙂  🙂

Speak Your Mind

*