PROGRAM PENGUKUHAN MATEMATIK TINGKATAN EMPAT SIRI 2 :14 Oktober 2017

PROGRAM PENGUKUHAN MATEMATIK TINGKATAN EMPAT SIRI 1 :12 OGOS 2017

PROGRAM PENGUKUHAN MATEMATIK TINGKATAN EMPAT SIRI 1 12 OGOS 2017


Pendidikan berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) adalah bertujuan untuk membangunkan budaya sains dan teknologi yang merangkumi aspek pengetahuan dan kemahiran di kalangan masyarakat dengan menerapkan eleman- eleman yang sejajar dengan agenda pendidikan negara 2016- 2020. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia telah meletakkan pendidikan STEM sebagai satu agenda yang penting dalam transformasi pendidikan bagi menyediakan generasi muda untuk menghadap cabaran abad ke-21. Justeru itu, usaha pendidikan seumpama ini perlu diterapkan di peringkat awal menerusi pelajar. Pengajaran & Pembelajaran STEM yang berfokuskan pelajar dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Sejajar dengan agenda pelan pembangunan pendidikan Malaysia, Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program pengukuhan Matematik Tambahan bagi pelajar Tingkatan 4 bagi mengukuhkan lagi pemahaman konsep matematik di kalangan pelajar. Program pengukuhan Matematik Tambahan adalah anjuran Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains UTM dengan kerjasama Yayasan Penyayang MPJBT serta Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk meningkatkan minat dan kecenderungan pelajar dalam subjek Matematik Tambahan di dalam suasana pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Program pengukuhan ini dihadiri seramai 96 pelajar iaitu 58 pelajar dari SMK Kangkar Pulai manakala seramai 38 pelajar dari SMK Nusa Jaya. Program ini diadakan secara bersiri. Siri 1 dengan topik Fungsi dan Persamaan Kuadratik diadakan pada tarikh 12 Ogos 2017 (Sabtu) bertempat di SMK Kangkar Pulai. Program tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah iaitu En Yunos Bin Malik. Ceramah utama berkenaan topik bagi siri disampaikan oleh Tn Hj Hamisan Rahmat. Teknik menjawab soalan-soalan yang beraras tinggi turut dibincangkan dalam program ini. Program ini menerapkan elemen 4C yang ditekankan dalam Pembelajaran Abad ke 21 iaitu communication, collaboration, creativity dan critical thinking. Diharapkan menerusi program ini, ia akan mengukuhkan serta meningkatkan lagi pemahaman siri Fungsi dan Persamaan Kuadratik di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 4. Di samping itu, kefahaman menyelesaikan soalan-soalan KBAT turut diperdalami

 

Salam Aidil Adha 1438H

1. Alhamdulillah, marilah sama-sama kita merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah Ta’ala kerana dengan limpah rahmat dan kasihNya, kita sekali lagi diizinkan untuk meraikan Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1438 H ini. Marilah kita penuhi Aidil Adha ini dengan memperbanyakkan lafaz takbir, tahmid, tasbih, tahlil, mendirikan solat sunat hari raya dan melaksanakan atau bersama membantu pelaksanaan ibadah Qurban.
2. Saya mengajak diri saya dan warga UTM untuk kita berusaha menghayati dan mengambil ibrah daripada Ibadah Haji dan Ibadah Korban untuk diaplikasikan dalam kehidupan dan tanggungjawab kita seharian. Sebagai warga UTM, renungilah semangat dan roh perjuangan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S sebagai satu teras dalam menyempurnakan segala amanah dalam memacu kecemerlangan UTM dan menjayakan aspirasi pendidikan tinggi negara menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) demi kemakmuran sejagat.
3. Buat ahli keluarga, rakan-rakan dan warga UTM yang telah terpilih sebagai tetamu Allah di Bumi Suci Makkah Al Mukarramah, kami di tanah air mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saudara dan saudari semua, dapat melaksanakan segala ibadah dengan sempurna dan dikurniakan haji yang mabrur serta pulang ke Malaysia dengan sebaiknya. Panjatkanlah juga doa untuk kesejahteraan dan kejayaan UTM dan seluruh warganya.
4. Akhir kata, Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha 1438H kepada seluruh warga UTM yang beragama Islam.
5. Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Wahid Omar
UTM Vice-Chancellor

Dynamical System Modelling Seminar

Today, our research group had conducted a seminar which purposely to do discussion among our postgraduate students. 5 lecturers involved in this seminar; PM Dr Normah Maan, Dr Amidora Idris, Dr. Faridah Mustapha, Dr Zaiton Mat Isa and me. There were 9 students presented their research work and discuss what kind of improvement should be made in their thesis.

The list of our presenters.

Thanks to the organizer for conducting this wonderful and interesting seminar. We plan to do this seminar every month if possible.

 🙂 🙂 🙂

Program Pengukuhan Matematik Tingkatan 4

Pada 12 Ogos 2017, Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM telah mengadakan program pengukuhan matematik tingkatan 4. Program ini bertujuan untuk memberikan semangat dan pendedahan kepada murid-murid sekolah bahawa matematik adalah mudah.

Berikut adalah barisan fasilitator-fasilitator dari UTM yang bersama-sama menjayakan program ini.

STEM Day UniKL MITEC, Masai

Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) Day telah diadakan pada 20 Julai 2017 di UniKL MITEX, Masai. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut. Antaranya ialah pertandingan reka cipta oleh sekolah yang terlibat, permainan-permainan berbentuk sains, pameran, promosi program-program yang wujud di institusi pengajian tinggi dan lain-lain.

Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains juga turut menghantar wakil dalam mempromosikan program-program pengajian yang terdapat dalam Fakulti Sains.

Ramai tetamu hadir dalam program tersebut, dimana mereka terdiri daripada kalangan guru-guru sekolah, murid-murid dan warga masyarakat umum. Program telah berjalan dengan lancar dan penutup kepada program ini telah diselesaikan oleh dekan Fakulti Sains UTM, Prof. Dr. Norsarahaida Saidina Amin.

 

Bengkel Penulisan Modul Pengukuhan Matematik

Aktiviti ini telah dijalankan pada 17 July 2017 di C22 Jabatan Sains Matematik. Objektif bengkel ini adalah bertujuan untuk menghasilkan model pengukuhan untuk matapelajaran matematik tambahan tingkatan 4. Aktiviti ini adalah dibawah penasihat En. Hj. Hamisan Rahmat.

 

 

 

Bengkel dan Klinik iOBE Semester II Sesi 2016/2017 Jabatan Sains Matematik

Aktiviti ini telah dijalankan pada 11 Julai 2017, Jam 10:00am hingga 4:30pm bertempat di Makmal Komputer 1 Jabatan Sains Matematik. Staf akademik yang menghadiri bengkel ini perlu membawa markah terperinci dan L1 kursus matapelajaran untuk tujuan pengisian dalam iOBE.

Fasilitator disepanjang bengkel ini dijalankan ialah saya, Dr Farhana, Dr Yeak Su Hoe dan Pn Wan Rukaida.

Postgraduate Info Day 2017

This activity was held in order to expose the 4th year students under Department of Mathematical Sciences, Faculty of Science about the postgraduate program offered.

A few postgraduate students had been invited to this program and share with the undergraduate students about master/PhD program offered.

Dr. Syarifah Zyurina and PM Dr. Normah Maan.

Lecturers also come to give motivation and encourage the students to continue study in higher level.

For more details about the postgraduate program offered, see https://people.utm.my/mathematics/postgraduate/.

Program Jelajah Sains 2017

Program ini merupakan program yang dijalankan oleh Dr. Nor Ain Husein. Program ini ditugaskan kepada pelajar tahun 2 fizik sesi 2016/2017 sebagai tugasan dalam kursus yang diajar Dr. Nor Ain Husein.

Secara ringkasnya, beberapa sekolah berhampiran dan di sekitar UTM, JB telah terlibat dalam program ini. Walaupun program ini diaturkan oleh pelajar tahun 2 fizik, beberapa pelajar dari bidang lain (matematik, kimia dan biologi) turut dikehendaki untuk menyertainya. Ini kerana program ini bertujuan untuk menarik minat murid-murid sekolah terhadap bidang sains.

Kumpulan 6 yang diketuai Muhd Afiq Daniel.

Sebagai contoh, pelajar UTM yang ditugaskan dalam Kumpulan 6 telah menjalankan aktiviti di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Rahman Yassin bersama dengan pensyarah pengiring iaitu, Dr. Husni Hani Jameela dan Dr. Syarifah Zyurina.

Penghargaan kepada pihak sekolah.

Banyak aktiviti menarik telah dijalankan di sepanjang program. Aktiviti-aktiviti tersebut berbeza-beza dan boleh dikelaskan samaada berkonsepkan fizik, bio, kimia atau matematik.

Semoga murid-murid sekolah bertambah minat kepada sains.   🙂  🙂  🙂