STEM Day UniKL MITEC, Masai

Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) Day telah diadakan pada 20 Julai 2017 di UniKL MITEX, Masai. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut. Antaranya ialah pertandingan reka cipta oleh sekolah yang terlibat, permainan-permainan berbentuk sains, pameran, promosi program-program yang wujud di institusi pengajian tinggi dan lain-lain.

Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains juga turut menghantar wakil dalam mempromosikan program-program pengajian yang terdapat dalam Fakulti Sains.

Ramai tetamu hadir dalam program tersebut, dimana mereka terdiri daripada kalangan guru-guru sekolah, murid-murid dan warga masyarakat umum. Program telah berjalan dengan lancar dan penutup kepada program ini telah diselesaikan oleh dekan Fakulti Sains UTM, Prof. Dr. Norsarahaida Saidina Amin.

 

Speak Your Mind

*